Paten itu menerangkan dron itu boleh dicaj dan disimpan di dalam ruang but kenderaan itu bila tidak digunakan.
Menurut Jabatan Penerbangan Amerika Syarikat, dijangkakan ada sebanyak 4.3 juta dron di negara itu menjelang tahun 2020.
Memang boleh dijangka fungsi dron akan disatukan dengan kenderaan gayahidup.
Cuma mungkin seorang menteri di Malaysia sudah mempunyai projek yang jauh lebih hebat dari itu.
Kereta terbang menjelang tahun 2020.
Dan menurut janji asal beliau, rakyat Malaysia sudah boleh membeli Kenderaan Nasional Baharu tahun hadapan.
Janji ditepati.