Ford Mustang Mach-E Rally, SUV elektrik untuk laluan bertanah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Mustang Mach-E Rally
Ford Mustang Mach-E Rally
Majoriti keputusan pengeluar kereta perlu dipandang dari sudut korporat dan perniagaan.

Sebagai contoh Ford membangunkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik dan menamakannya sebagai Mustang Mach-E.

Di dalam sebuah model terkandung tiga ciri utama iaitu SUV yang merupakan jenis kereta popular masa kini, teknologi elektrik dan warisan ikonik Ford.

Ford nampaknya tekad dengan Mustang Mach-E dan terbaru memperkenalkan Mustang Mach-E® Rally.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford Mustang Mach-E Rally

 

Di dalam sejarah hampir enam dekad, ini kali pertama Ford membawakan tema rali untuk Mustang.

Sebelum ini kita dihidangkan dengan Porsche dan Lamborghini untuk dibelasah di laluan bertanah dan kali ini giliran Mustang.

Menyerlahkan lagi kesungguhan Ford apabila pemandu M-Sport Ford Puma Hybrid Rally, Ott Tänak mengemudi jentera itu di depan pengunjung di Goodwood Festival of Speed.

 

Ford Mustang Mach-E Rally

 

Sebelum Mustang Mach-E Rally, Ford terlebih dulu menggunakan crossover SUV Ford Puma di dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Keputusan Ford untuk mengetengahkan Mustang Mach-E sebenarnya masuk akal kerana SUV lasak mempunyai pasaran tersendiri di Amerika Syarikat dan serata dunia.

SUV lasak boleh dibawa untuk berkhemah, memancing, mengembara dan sebagainya.

 

Ford Mustang Mach-E Rally

 

Dari gambar yang dikongsi, Mustang Mach-E Rally tampil berbeza dengan gril rata berlampu, lips depan, dan pendakap badan warna kusam.

Kelengkapan itu tidak ekstrem seperti kereta rali kecuali rim tertutup warna putih dan paling menonjol ialah spoiler tinggi di belakang.

Ford tidak berkongsi spesifikasi teknikal dan Mustang Mach-E di pasaran dibahagikan kepada dua varian utama iaitu Standard Range dan Extended Range.

 

Ford Mustang Mach-E Rally

 

Varian asas Standard Range RWD menghasilkan 198kW (266hp) dan tork 430Nm dengan jarak pemanduan sehingga 440 kilometer (km) (WLTP).

Varian tertinggi Extended Range AWD GT pula menghasilkan 358kW (480 hp) dan jarak pemanduan sehingga 500 km (WLTP).

Varian ini dibahagikan kepada dua iaitu GT dan GT Performance Edition dengan masing-masing mempunyai tork 813Nm dan 860Nm.

 

Ford Mustang Mach-E Rally

 

Ketangkasan juga berbeza, Mach-E GT memerlukan 3.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 97 kilometer sejam (km/j) atau 0.3 saat lebih perlahan berbanding GT Performance.

Kelajuan maksimum kedua-dua varian mencecah 200 km/j.

Maklumat terperinci akan dimaklumkan kemudian dan Mustang Mach-E Rally ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Eropah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…