Ford Focus 2019 - tiga rekabentuk badan, lima varian ditawarkan

oleh Mohamad Hanif|
Ford akhirnya memperkenalkan generasi keempat Ford Focus 2019. Dibina dan direka semula menggunakan platform global serba baru yang fleksibel, model segmen C ini mempunyai dimensi yang lebih besar berbanding generasi terdahulu.

Ford Focus bakal ditawarkan dengan tiga reka bentuk badan yang berlainan, iaitu sedan empat pintu, hatchback lima pintu dan juga wagon lima pintu (bergantung kepada permintaan pasaran). Terdapat lima varian yang bakal diperkenalkan termasuklah Active (crossover), Titanium, Vignale (versi mewah) dan juga ST-Line yang sporty.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Bergantung kepada pasaran mana ia bakal dipasarkan, Ford Focus bakal menggunakan enjin 1.0 dan 1.5 liter EcoBoost dan terdapat pilihan enjin diesel 2.0 liter EcoBlue.

Enjin tersebut dipadankan dengan penggunaan trasmisi sama ada manual mahupun transmisi automatik lapan nisbah kelajuan dengan ciri Adaptive Shift Scheduling dan Adaptive Shift Quality Control. Terdapat tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Eco yang boleh dipilih bergantung kepada keperluan semasa. 

 

 

Menurut Ford, Focus ini telah dibina menggunakan rekaan dan senibina pelantar serba baharu dan ia telah ditala bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik serta meningkatkan kadar ketegaran casis sebanyak 20%. 

Ford juga menjanjikan ruang dalaman yang lebih luas dengan penggunaan casis serba baru pada Ford Focus serba baru ini. Hasil penambahan kepada ruang antara roda (wheelbase), ruang kaki dan ruang bahu penumpang belakang juga turut bertambah luas. 

 

 

Untuk versi wagon, Ford Focus menawarkan ruang kargo sebesar 1642 liter disamping beberapa konfigurasi tempat duduk bagi beberapa situasi berbeza. 

Ford juga menawarkan ciri keselamatan tersendiri Co-Pilot360 di dalam model baru Ford Focus ini. Ini termasuklah ciri lane centering, pengesan papan tanda halaju, pencahayaan lampu hadapan adaptif dengan bantuan kamera dan bantuan parking kenderaan automatik. 

Antara ciri canggih yang bakal ditawarkan pada Ford Focus ialah peranti FordPass Connect yang membolehkan pemandu memantau status kenderaan, lokasi semasa serta kebolehupayaan untuk menghidupkan enjin dari jauh dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar. FordPass Connect juga mempunyai sambungan Wifi yang boleh diakses sehingga 10 orang pada satu masa. 

 

 

Ford Focus ini bakal memasuki pasaran China dan Eropah pada tahun ini. Manakala pasaran Amerika bakal menerima kehadiran model generasi keempat ini selewatnya 2019.

 

Sumber: Autoblog dan Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…
Model Terbaharu
Kemaskini pertengahan kitaran tersebut boleh dikatakan agak minima jika dilihat dari sudut luaran,…
Berita Global
Sistem mild-hybrid ini terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang disokong…