Secara keseluruhan, 254,684 kereta baharu didaftarkan pada Mac dengan permintaan dari pembeli persendirian dan kenderaan lebih besar jatuh sebanyak 40.4 peratus dan 47.4 peratus.
Walaupun jatuh, segmen kenderaan mesra alam melawan arus dengan pertambahan jualan.
Pendaftaran kereta elektrik bateri (BEV) meningkat tiga kali ganda kepada 11,694 unit dengan pegangan pasaran 4.6 peratus.
Kenderaan plug-in hybrid (PHEV) pula meningkat 38 peratus manakala kenderaan elektrik hibrid (HEV) jatuh 7.1 peratus.
Dengan keadaan sekarang banyak bilik pameran berkemungkinan kekal ditutup untuk beberapa minggu lagi, ada syarikat yang masih beroperasi untuk penyerahan kepada pekerja kritikal termasuk bengkel yang beroperasi untuk pembaikan.
Setakat ini SMMT menjangkakan pendaftaran baharu bagi tahun ini ialah 1.73 juta atau sekitar 25 peratus lebih rendah berbanding 2019.
Berikut ialah senarai lima model terlaris di UK:
Mac 2020
- Volkswagen Golf: 7,103
- Ford Fiesta: 6,687
- MINI: 6,019
- Ford Focus: 5,985
- Nissan Qashqai: 5,907
Januari - Mac 2020:
- Ford Fiesta: 15,897
- Volkswagen Golf: 14,587
- Ford Focus: 14,036
- Vauxhall Corsa: 12,064
- Nissan Qashqai: 11,808
Mari doakan agar wabak Covid-19 ini segera dihilangkan dan kita semua selamat.
Penulis: Muhammad Md Tajudin