Ford Fiesta sah tamat produksi 7 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Pada Oktober 2022, Ford telah mengumumkan model subkompak Fiesta yang popular di Eropah akan dihentikan pengeluarannya pada musim panas 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Autocar, unit terakhir Ford Fiesta akan diluncurkan daripada barisan pengeluaran kilang Cologne, Jerman pada tanggal 7 Julai ini.
 

fiesta


Dengan berakhirnya produksi Fiesta, kilang pemasangan Cologne akan diubah menjadi Cologne Electric Vehicle Centre yang akan dibuka secara rasmi pada 12 Jun untuk membina dan memasang SUV elektrik Ford Explorer.

Kilang neutral karbon pertama Ford yang menelan belanja sekitar $2 bilion itu dijangka akan memulakan produksi Ford Explorer SUV pada tahun ini, menjadikannya model kereta penumpang berkuasa elektrik yang dihasilkan secara besar-besaran di Eropah.
 

firsta


Buat masa ini, spesifikasi awalan Ford Explorer masih belum didedahkan, namun Ford mengesahkan model tersebut menawarkan konfigurasi pacuan roda belakang dan AWD, pengecasan pantas DC 10 hingga 80 peratus dalam masa 25 minit sahaja dan harga jualan bermula bawah 45,000 euro (RM229,193).

Ford Explorer merupakan salah satu daripada sembilan EV baharu yang bakal dilancarkan oleh Ford di Eropah menjelang tahun 2024.
 

fiesta


Pengeluar itu menyasarkan jualan EV sebanyak 600,000 unit setahun di benua tersebut menjelang tahun 2026 di bawah divisyen Model e.

 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai salah satu daripada model yang paling lama bertahan dalam sejarah Ford, peranan Ford Fiesta…
Berita Global
Namun, selepas 46 tahun hatchback segmen B tersebut mungkin tidak akan mendapat model pengganti…
Berita Global
Kemaskini pertengahan kitaran ini membawakan perubahan dari segi kosmetik, di mana ia didatangkan…