Ford F-MAX Select, pilihan trak tugas berat yang lebih 'cool', 400 unit saja

oleh Mohamad Hanif|
Di sini, kita mungkin sudah terbiasa dengan penawaran trak-trak tugas berat daripada pengeluar seperti MAN, Volvo Trucks, Mercedes-Benz dan juga Scania.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun di luar sana, pembeli sebenarnya boleh mendapatkan alternatif daripada Ford Trucks.

Menerusi pelancaran model edisi terhad F-MAX Select, Ford juga mahu membuktikan mereka sebenarnya mampu menawarkan model trak dengan penampilan yang lebih berani.
 

Fmax


Ditawarkan dalam 400 unit sahaja, F-MAX Select ini didatangkan dengan kemasan warna dua tona Black Agate/Bronze, diikuti dengan rim keluli berwarna hitam, kemasan warna gangsa pada cermin sisi serta perumah lampu utama berwarna hitam.

Untuk ruang kabin, terdapat logo "Select" yang disulamkan pada balutan kulit tempat duduk, plak bernombor pada papan pemuka, kemasan jahitan kontras, serta aksen berwarna gangsa pada sesetengah tempat.
 

fmax


Secara standard, F-MAX Select ini hadir dengan pelbagai ciri seperti skrin infohibur sebesar sembilan inci, tempat duduk dengan sistem ampaian udara, peti sejuk mini, serta kelengkapan ADAS termasuklah kawalan jelajah adaptif pintar, bantuan pengekalan lorong aktif, informasi titik buta dan sebagainya.

Ford F-MAX Select ini masih lagi mengekalkan nadi diesel Ecotorq 12.7 liter dengan janaan kuasa sehingga 500 PS dan 2,500 Nm, dipadankan dengan kotak gear 16 nisbah kelajuan.