Ford dedah Ranger Raptor baharu di Bangkok, Thailand

oleh Afandi Che Muhamad|
Terkini! Ford hari ini mendedahkan pikap off-road terbaik ciptaannya, Ranger Raptor baharu bertempat di Bangkok, Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dianggap sebagai penanda aras baru bagi segmen pikap, Ranger Raptor dibina di atas platform F-150 Raptor menerusi pasukan kejuruteraan Ford Performance DNA.

Sebagai permulaan, Ford bakal menyediakan lima pilihan warna bagi 'gergasi' tersebut seperti Lightning Blue, Race Red, Shadow Black, Frozen White dan Conquer Grey (warna ikonik Ranger Raptor 2018).

Ketua jurutera Ford Performance, Jamal Hameedi berkata, pihaknya teruja dan berbangga dengan pengenalan pikap baharu tersebut.

"Ranger Raptor baharu ini memiliki keupayaan luar biasa dan telah diuji merentasi pelbagai halangan.

"Daripada aspek pemanduan dinamik hingga ke reka bentuk, pikap tersebut kelihatan cukup sempurna.

Digerakkan nadi enjin diesel 2.0 liter Bi-Turbo dengan bantuan kotak transmisi 10 kelajuan, pikap berkenaan menghamburkan kuasa maksimum pada 213PS dan puncak tork tertinggi mencecah 500Nm.

Untuk makluman, Ford Ranger Raptor baharu didatangkan bersama sistem suspensi Fox Racing Shox 46.6 milimeter (mm) dengan fungsi Position Sensitive Damping (PSD) di kedua-dua gandar roda.

Bahagian roda pikap berkenaan dipasangkan dengan rim bersaiz 17 inci dengan kombinasi tayar BF Goodrich 285/70.

Memiliki jarak ketinggian dari permukaan tanah sekitar 1,873mm, ia memberikan kelebihan kepada pikap tersebut untuk meredah laluan berliku pada kelajuan tertinggi dengan lancar.

Jarak itu 283mm lebih tinggi berbanding model Ford Ranger lain.

Mengulas mengenai keupayaan menunda, Ranger Raptor baharu tersebut mampu menarik beban seberat 2,500 kilogram (kg). Menarik bukan?

Di bahagian hadapan pikap, turut tersedia ialah komponen cangkuk seberat 4,500kg.

Bagi menjalankan tugas mengangkut di bahagian belakang pikap pula, Ford menyediakan ruang penyimpanan barangan berkeluasan 1560mm x 1743mm.

Tidak hanya hebat dalam prestasi, Ranger Raptor turut menawarkan keselesaan pemanduan walaupun ketika melalui laluan tidak rata.

Ruang kabin Ranger Raptor memiliki ambien mewah dan sporty hasil kerja tangan eksklusif tenaga kejuruteraan Ford.

Selain kelebihan yang disebutkan, Ranger Raptor turut memiliki ciri-ciri hebat seperti:

  • Terrain Management System (TMS) merangkumi enam mod pemanduan seperti normal, sport, off-road, Mud/Sand, Rock dan mod Baja.
  • Electric Power Assisted Steering (EPAS)
  • Front End Accessory Drive (FEAD) 
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Satellite Navigation System
  • Trailer Sway Control (TSC)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Hill Descent Control (HDC)
  • Load Adaptive Control (LAC)
  • Driver Assist Technologies (DATs)

Tambah Jamal, Ford Ranger Raptor baharu tersebut menjalani pemasangan di fasiliti Ford Thailand Manufacturing (FTM) dalam tempoh terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…