Ford dan Lego bergabung hasilkan Kit Sweet Mustang Fastback

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, Ford mengumumkan telah menjalin kerjasama dengan Lego dalam menghasilkan kit miniatur bagi model ikonik mereka.
Kawasaki Legend Reborn

Model dimaksudkan ialah sebuah coupe, Mustang Fastback 1968.

Dinamakan sebagai Sweet Mustang Fastback, kit tersebut bakal memeriahkan rangkaian produk Lego Speed Champions lain seperti Bugatti, Ferrari, McLaren, dan Mercedes-Benz.

Jika dilihat, sebahagian besar bahagian miniatur berkenaan dibina menggunakan bongkah Lego berwarna hijau (Highland Green) sama seperti model sebenar yang dipandu bintang filem lagenda, Steve McQueen di dalam filem Bullitt lima dekad lalu.

Beralih ke bahagian bumbung pula, ia dibina dengan blok Lego berwarna hitam sementara komponen roda Sweet Mustang Fastback dilatari dengan blok berwarna keemasan.

Menariknya, kit tersebut didatangkan bersama dengan papan pemasaan kecil yang memaparkan maklumat pemandu di belakang roda.

Kit berkenaan ditawarkan pada harga AS$14.99 (RM59) seunit termasuk cukai dan boleh didapati di mana-mana stor Lego atau secara atas talian bermula 1 Mac ini.

Terdahulu, Ford diketahui telah menghasilkan beberapa miniatur bagi model keluarannya selain Fastback termasuk kit GT40 (1966), GT (2016), F-150 Raptor, Fiesta WRC dan Mustang GT (2015).

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Ford yang dahulunya memiliki hampir 30 platform berbeza untuk pasaran seluruh dunia kini sedang…
Berita Global
Mengambil inspirasi daripada Ford GT Heritage Edition, Ford Mustang itu hanya ditawarkan dalam 19…
Berita Domestik
Menerusi promosi yang menarik ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM113,000 yang sah…