Ford dan Hoonigan berhenti rallycross

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford dan Hoonigan Racing telah mengumumkan bahawa kedua-duanya akan bersara dari Kejuaraan FIA World Rallycross pada hujung musim 2017 ini.

Masa hadapan pemandu glamour mereka Ken Block dan Andreas Bakkerud beserta jentera Ford Focus RS RX masih tidak diketahui.

Antara sebab yang diberikan oleh Ford ialah masa hadapan rallycross yang mungkin akan menggunakan enjin lain dan kerana itu pasukan Ford mungkin terpaksa membina kereta lumba baharu, dan itu adalah sesuatu yang mereka rasakan menjadi halangan.

Penerangan Ken Block (gambar di atas) lebih memberi makna kerana menurutnya, masa hadapan dan halatuju rallycross masih belum diputuskan dan ianya tidak menguntungkan Ford untuk melaburkan wang yang banyak untuk sebuah kereta kumba sedangkan masa depan kejuaraan ini masih tidak dapat diputuskan.

Ford pula berkata mereka akan masih berada bersama Ken dan Bakkerud walaupun sudah tidak lagi bertanding di dalam rallycross.

Mungkin kerana Ken sendiri mempunyai jutaan peminat dan Ford mahukan publisiti tersebut.

Apapun, rasanya Tengku Djan lebih hebat dalam aksi drift. Bayangkan video ala-ala Ken Block tetapi menggunakan kereta Satria Neo S2000 yang dipandu oleh Djan dan dilakukan di sekitar kawasan menarik di Malaysia.

Hanya orang muda sahaja yang faham akan kekuatan aksi begitu. 

Untuk mereka yang masih memegang surat khabar di waktu pagi dan menggunakan telefon Nokia 3310, mereka pasti lebih ke arah menganjurkan konvoi 30 kenderaan ke UK untuk membawa naik nama negara. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…