Ford buat lampu isyarat pintar, automatik hijau untuk kenderaan kecemasan lalu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lampu isyarat pintar Ford
Lampu isyarat pintar Ford
Apabila memandu, kenderaan yang membunyi dan menyalakan isyarat kecemasan seperti ambulan, bomba dan polis perlu diberi keutamaan.

Bagaimana pula dengan lampu isyarat? Perlu jalan terus atau menunggu apabila lampu merah?

Kenderaan kecemasan perlu tunggu lampu hijau bagi mengelakkan kemalangan dengan kenderaan lain.

Ford mempunyai satu idea menarik supaya kenderaan kecemasan boleh bergerak terus iaitu nyalakan lampu hijau secara automatik!

Bukan setakat idea, Ford sudah pun menguji teknologi lampu isyarat yang berhubung di mana lampu bertukar hijau secara automatik untuk dilalui kenderaan kecemasan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lampu isyarat pintar Ford

 

Bagaimana lampu isyarat hijau automatik berfungsi? Berikut diringkaskan:

  • Ford membuat pengujian di jalan raya yang mempunyai lapan lampu isyarat berturut di Aachen, Jerman dan dua laluan dengan tiga lampu isyarat berturut di pinggir bandar.
  • Ford menggunakan SUV Kuga Plug-In Hybrid dan diibaratkan sebagai ambulans dan kenderaan penumpang bagi menguji senario berbeza.
  • Kuga dilengkapi unit khas untuk berkomunikasi dengan infrastruktur dan perkakasan prototaip kawalan pantas bagi mengoperasikan perisian protaip di dalam kenderaan.
  • Isyarat dari kenderaan ujian dihantar kepada lampu isyarat untuk bertukar kepada hijau.
  • Apabila kenderaan ujian melepasinya, lampu isyarat akan kembali kepada operasi asal.

 

Lampu isyarat pintar Ford

 

  • Satu lagi senario ialah pengujian pemanduan harian, kenderaan menerima maklumat pemasaan yang mengandungi waktu lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau dan hijau ke merah.
  • Teknologi Kawalan Jelajah Adaptif Ford menyesuaikan kelajuan kenderaan. 
  • Apabila lampu isyarat bertukar merah, kelajuan kenderaan dikurangkan supaya kenderaan tiba di lampu isyarat ketika lampu isyarat berwarna hijau sebagai contoh dari kelajuan 50 km/j kepada 40 km/j.
  • Ketika berada di lampu isyarat merah, teknologi itu mampu mengurangkan pembrekan mengejut dan masa menunggu.
  • Kenderaan menerima maklumat lampu isyarat sebelum tiba di persimpangan dan kelajuan direndahkan bagi mengurangkan kesesakan.

 

Lampu isyarat pintar Ford

 

Komunikasi di antara kenderaan dan lampu isyarat dibolehkan melalui teknologi C-V2X (Cellular Vehicle-to-Everything).

Teknologi itu adalah sebuah platform bersepadu yang menghubungkan kenderaan dengan infrastruktur jalan, kenderaan dan pengguna jalan raya.

Pengujian yang dibuat adalah sebahagian daripada projek Corridor for New Mobility Aachen-Düsseldorf (ACCorD) dan dibiayai Kementerian Persekutuan Jerman untuk Digital dan Pengangkutan.

Turut memberi sokongan ialah RWTH University Aachen, Vodafone, Straßen.NRW dan Majlis Perbandaran Aachen.

Projek ini berlangsung dari Januari 2020 hinga Mac 2022.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…