Jumlah tersebut dilihat turut merangkumi 7,000 unit model First Edition, di mana pihak Ford terpaksa menggandakannya daripada 3,500 unit pada permulaan disebabkan permintaan yang cukup menggalakkan.
Menurut forum Bronco6G yang memetik sumber 'yang dipercayai', Ford telah pun menerima kira-kira 230,000 unit tempahan, di mana angka tersebut sebenarnya tidak termasuk model Ford Bronco Sport!
Malah, wakil Ford memberitahu laman web Car and Driver di mana "tempahan yang diterima cukup menggalakkan sehinggakan ada pelanggan yang bakal menerima unit mereka pada tahun 2022".
Penghantaran pertama model Ford Bronco dijadualkan berlangsung pada musim bunga tahun 2021.
Yang pasti, dengan angka 230,000 tempahan yang diterima oleh Ford, Jeep sudah tentu tidak akan mendiamkan diri!