Ford bina pusat simulasi cuaca uji tahap ketahanan kenderaan mereka

oleh Muhamad Hanif|
Bagi menguji tahap ketahanan kenderaan baharu mereka merentasi dunia yang mempunyai pelbagai cuaca, suhu, keadaan tekanan dan sebagainya, Ford kini telah membina satu fasiliti baharu bagi menjalankan tugas tersebut.
Promosi Duit Raya

Terletak di Pusat Pembangunan Produk John Andrews Cologne, Jerman, Environmental Test Centre itu dilengkapi dengan peralatan moden terkini bagi melakukan simulasi cuaca ke atas 10 buah kenderaan serentak. 
 


Mempunyai saiz kawasan ujian seluas padang bola sepak, fasiliti ini mampu meniru keadaan kering di gurun Sahara, keadaan bersalji, kelembapan udara setinggi 95 peratus serta menjana angin ribut kencang sepantas 250 km/j.

Malah, fasiliti ini juga mampu melakukan simulasi pada kedudukan altitud setinggi 5,200 meter, menjadikannya pusat pengujian automotif pertama di dunia yang mampu melakukan simulasi sedemikian. 

"Dengan keadaan yang pelbagai itu, ia memberikan keyakinan kepada para pemilik Ford terhadap kemampuan kenderaan mereka meredah apa jua keadaan cuaca," ujar Joe Bakaj, ketua pembangunan produk Ford Eropah. 
 


"Fasiliti (Environmental Test Centre) yang bernilai lebih £61 juta (RM325 juta)* ini membuktikan kesungguhan pelaburan Ford Eropah dalam misi membangunkan kenderaan untuk pasaran global," tambah beliau.  
 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jadi apa yang boleh dibuat oleh pengeluar bagi mengatasi atau mencegah masalah ini? Ford sedar…
Berita Global
Kisah ini bermula apabila seorang pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara membawa masuk SUV…
Berita Domestik
Promosi servis ini turut melibatkan pemeriksaan 27 mata yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang…