Pelan Ford+ ini membolehkan kedua-dua divisyen ini beroperasi sebagai perniagaan yang berasingan, akan tetapi masih lagi mampu berkongsi inovasi teknologi sesama sendiri.
Menurut Ford, divisyen Model E bertanggungjawab dalam membangunkan platform, bateri, motor elektrik, komponen penyongsang, pengecasan serta segala yang berkaitan dengan kereta elektrik (EV).
Selain itu, pasukan Model E ini juga turut bertanggungjawab membangunkan platform perisian dan pengalaman pengguna bagi kesemua kenderaan berjenama Ford, termasuklah teknologi terhubung dan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS).
Divisyen ini juga akan membangunkan pengalaman pembelian kenderaan serba baharu yang lebih ringkas, intuitif, harga yang lebih telus, serta sokongan pelanggan yang lebih diperibadikan.
Untuk itu, Ford akan melaburkan sejumlah wang sebanyak $5 bilion untuk EV pada tahun ini dengan sasaran untuk mencapai separuh daripada jumlah jualan global terdiri daripada EV menjelang tahun 2030.
Namun sebelum itu, Ford juga merancang untuk membina lebih daripada 2 juta unit EV setahun menjelang tahun 2026.
Divisyen Blue Ford pula - seperti yang disebutkan diatas - akan bertanggungjawab terhadap kenderaan berenjin pembakaran dalaman seperti contoh Mustang, F-150 dan juga Bronco.
Ini bermakna, divisyen ini masih lagi meneruskan pelaburan di dalam enjin pembakaran dalaman namun ia hanya dikhususkan untuk segmen tertentu, seperti contoh trak.