Ford bakal pasang perisian operasi Android pada kenderaan baharu bermula 2023

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: The Verge
Sistem operasi Android kini merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian, dan tidak menghairankan apabila sesetengah pengeluar mula mengintegrasikan sistem tersebut ke dalam kenderaan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Ford mengumumkan akan mula memasang sistem operasi dari Google, Android ke dalam sistem infotainmen kenderaan mereka bermula tahun 2023.

Ini bermakna, fungsi-fungsi menarik seperti Google Assistant, Google Maps dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google mampu diakses tanpa memerlukan sambungan kepada peranti pintar.

Walaupun tidak memperincikan model manakah yang bakal mendapat sistem tersebut, namun Ford mengesahkan sistem SYNC terbaharu berasaskan Android itu 'khusus untuk kenderaan Ford dan Lincoln' di seluruh dunia - kecuali China.

Ford juga turut menandatangani perjanjian selama enam tahun dengan Google untuk menggunakan perkhidmatan Cloud sebagai penyedia storan awan untuk perkhidmatan kenderaan terhubung.

 


Selain daripada itu, Ford dan Google akan membangunkan sebuah kumpulan kolaboratif baharu yang dinamakan sebagai Team Upshift yang bakal menampilkan kepakaran dari kedua-dua syarikat tersebut.

Team Upshift akan bertanggungjawab untuk membangunkan pelbagai jenis projek berasaskan data seperti meneroka potensi pengalaman pengguna yang lebih diperibadikan, membangunkan pengalaman runcit serba baharu untuk pembelian kenderaan serta mencipta tawaran menarik untuk pengguna.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…