Flex-Fuel Prius - Hibrid yang dijana menggunakan gula tebu

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Brazil kini sedang menjalankan sebuah Prius yang secara teorinya tidak memerlukan setitik petrol pun untuk berfungsi. Flex-Fuel Prius, nama yang diberikan kepada Prius itu kini menggunakan bahan api E100, ethanol tulen yang berasaskan gula tebu yang banyak terdapat di Brazil.

Prototaip ini bukan sahaja berfungsi tanpa bahan api fosil, malahan ia mampu mengurangkan perlepasan karbon ke udara, sekaligus mengurangkan pencemaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek Flex-Fuel Prius kini sedang menjalani fasa ujian di Brazil bagi mengenal pasti ketahanan, kebolehpercayaan serta prestasi kuasa dan bakal memasuki pasaran dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 
 

Wakil Toyota ketika ditemuduga berkata: "Projek ini bakal memacu pembangunan teknologi yang mesra alam, ditambah dengan kesiapsiagaan sistem hibrid kami bagi menggunakan bahan api yang lain seperti ethanol di Brazil"
 

Projek ini merupakan salah satu inisiatif daripada Cabaran Alam Sekitar Toyota 2050 yang bertujuan untuk mengurangkan kadar perlepasan karbon dioksida sebanyak 90% bermula tahun 2010 sehingga 2050. 
 

Toyota mensasarkan penghasilan kenderaan elektik sebanyak 5.5 juta unit setahun menjelang pertengahan 2030 termasuklah kenderaan hibrid, hibrid plug-in, kereta elektrik dan juga kenderaan berasaskan fuel cell
 

Menurut CEO Akio Toyoda, menjelang tahun 2025, setiap model keluaran Toyota dan Lexus bakal mempunyai pilihan sekurang-kurangnya satu model janaan kuasa elektrik. 

 

sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana model baharu itu dilihat mempunyai kedudukan penderia yang hampir sama dengan model…
Berita Global
Selain daripada penawaran Toyota Prius dengan reka bentuk tipikal sebuah kereta hibrid (sedan…
Berita Domestik
Menurut syarikat Jepun itu, kes ini akan memungkinkan kenderaan kehilangan kuasa dan terhenti…