Filem ke-11 Fast & Furious bakal ditayangkan 4 April 2025

oleh Mohamad Hanif|
Kurang sebulan sejak filem kesepuluh francais Fast & Furious mula ditayangkan di panggung wayang di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk mendedahkan tarikh debut filem ke-11 yang merangkap 'episod' kedua untuk filem Fast X.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel)


Berdasarkan hantaran di laman media sosial Instagram, Vin Diesel mengesahkan filem Fast X: Part II akan ditayangkan pada tanggal 4 April 2025, meneruskan kisah pertarungan dendam antara watak Dominic Toretto menentang antagonis Dante (Jason Momoa).

"Pada sesiapa yang tidak tahu Fast X merupakan bahagian pertama, akan tahu bahawa bahagian kedua akan menjadi satu usaha daripada keluarga Fast dan studio yang tidak pernah anda lihat sebelum ini," tulis Vin Diesel dalam Instagram-nya.

Tidak banyak info didedahkan buat masa ini.

 


Terdahulu, seorang lagi pelakon Dwayne The Rock Johnson mengesahkan kemunculan semula watak Luke Hobbs dalam filem ke-sebelas akan datang, serta bakal membintangi sebuah lagi filem spinoff yang akan bertindak sebagai prekuel kepada filem Fast X: Part II.

Sumber: Instagram Vin Diesel, Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…
Gaya Hidup
Ini kerana terdapat laporan terbaharu yang mendakwa pihak Universal Pictures mahukan bahagian akhir…