Festival Toyota Gazoo Racing bakal gegarkan Stadium Batu Kawan hujung minggu ini!

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kepada anda yang menantikan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival, jom kita ke Stadium Batu Kawan hujung minggu ini untuk menyaksikan perlumbaan, aksi drift dan berjumpa dengan para selebriti tempatan yang bakal berentap dalam Vios Challenge.

 

 

Masuk adalah percuma bagi semua pengunjung yang hadir dan acara akan bermula dari 12 tengah hari hingga 8 malam. Team Careta akan bersama-sama turun padang untuk memeriahkan lagi Festival TGR hujung minggu ini.

vIOS

 

Kemuncak acara perlumbaan julung kali Vios Challenge yang melibatkan 40 buah Toyota Vios dengan spesifikasi identikal yang akan berlumba di dalam litar, melibatkan tiga kategori, dengan tempoh 25 minit bagi setiap perlumbaan yang akan menguji kemahiran pemandu yang terlibat.

 

 

Dalam kategori “Promotional”, anda bakal menyaksikan pemandu selebriti seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee akan berentap untuk mempamerkan kebolehan masing-masing.

tgr

Vios Challenge ini juga terdiri daripada dua kategori lain; Sporting Category yang menampilkan 18 orang pemandu, dan turut akan disertai oleh pelumba yang telah menamatkan pembelajaran dari Vios Challenge Racing School.

 

 

Seterusnya ialah bagi Super Sporting Category yang melibatkan penyertaan pemandu-pemandu ternama tanah air, termasuk Boy Wong, Kenny Lee, James Veerapan, Syafiq Ali, Mark Darwin, Mitchel Cheah, Rocky Seow, Akina Teo dan Raja Drift Malaysia,Tengku Djan Ley yang akan turut sama mempamerkan kehandalan mereka.

tgrFESTIVAL

 

Bagi menghangatkan lagi suasana, juara Drift D1 serta juara Drift Muscle dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino akan membuat penampilan khas ketika Toyota GAZOO Racing Festival ini.

 

 

Media Prima pula akan membawakan bas jelajah Drama Sangat berserta selebriti yang terlibat ke lokasi. Terdapat beberapa sesi di mana peminat boleh berjumpa dengan barisan selebriti berkenaan dan berpeluang mendapatkan cenderahati eksklusif.

 

 

Penampilan Toyota C-HR

 

Selain menyaksikan perlumbaan dan aksi drift, anda juga boleh menyaksikan sendir model SUV kompak terbaru, Toyota C-HR yang akan membuat penampilan umum pertama di Utara sepanjang acara ini berlangsung.

CARETA

Promosi beli dan menang

 

Promosi 'Beli & Menang' juga sah dan akan ditawarkan sepanjang acara ini berlangsung. Datang awal untuk menempah model Toyota idaman dan anda berpeluang untuk memenangi sebuah Toyota Vios Sport Edition yang diilhamkan daripada kereta lumba Vios Challenge atau kunjungan ke Tokyo Motorshow.

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Vios Challenge, layari laman web Toyota Gazoo Racing Malaysia, atau ikuti perkembangan di akaun Facebook atau Instagram yang disediakan.

 

Toyota gazoo celebrities

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…