Festival Ram Jam di The Gasket Alley 15 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
The Gasket Alley, sebuah hub gaya hidup di Lembah Klang menganjurkan festival Ram Jam yang bakal bertempat pada 15 Julai ini.

Festival Ram Jam yang unik ini bakal menjadi platform yang menyatukan bakat-bakat tempatan di dalam arena muzik, fesyen, seni, fotografi dan automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mensasarkan sekitar 8,000 pengunjung daripada seluruh negara, Festival Ram Jam ini menampilkan konsep karnival vintaj yang bakal memberikan pengalaman nostalgia kepada para pengunjung. 
 


Antara acara-acara yang bakal menarik perhatian:

  • Pameran motosikal ikonik, kereta klasik, dan trak
  • Persembahan muzik secara langsung daripada SIFTERS Asia
  • Pameran seni fotografi oleh Brian Ong daripada Mutha Puaka.
  • Pameran motosikal ikonik Museumoto daripada Tiga Moto.
  • Perkhidmatan kustom barangan daripada DIRT ARMY, House of VANS, SBTG, dan helmet kustom daripada SUZZY.
  • Koleksi Elektric Dreams Tattoo daripada Simon David dan Gary Jones
  • Tiffin Food Court yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman sepanjang festival
     

 

  • Pertandingan ratu cantik Miss Bombshell 2018 yang melayakkan para peserta memenangi hadiah utama RM8,000. Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web https://bit.ly/2HzsBG3