Menurut dokumen daripada NHTSA, Ferrari telah mengenalpasti kebocoran pada sistem brek pada model Ferrari 458 tahun 2010-2015, serta Ferrari 488 tahun 2016-2019.
Sekiranya jumlah bendalir brek yang terbocor menyusut sebanyak 52 peratus, para pemilik akan diberikan notifikasi amaran menerusi sistem infotainmen, dan menyarankan mereka untuk segera ke pusat pengedar, atau berhenti dengan selamat dan terus menghubungi bantuan tepi jalan Ferrari.
Setakat ini, Ferrari masih lagi belum dapat mengesan punca sebenar di sebalik masalah yang melanda kedua-dua buah model tersebut.
Sumber: NHTSA