Ferrari mampu milik yang pertama?

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hari yang anda tunggu-tunggu telah tiba. 

FP3

Keluaran terbaharu Ferrari, Portofino, ialah kereta mampu milik pertama syarikat itu yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

 

FP1

 

Portofino, nama yang diambil dari nama sebuah kampung nelayan di Itali, akan menjadi kereta Ferrari paling murah dan akan menggantikan Ferrari California T juga model yang menawarkan harga rendah.

 

“Mampu milik" di sini adalah perkataan relatif. 

 

FPP

 

Akhbar Daily Mail melaporkan harga kereta berkenaan adalah sekitar £155,000 atau RM850,578.44 pada kadar tukaran terkini dan dengan harga itu model Ferrari ini bukanlah kereta segmen pemilikan ekslusif.

 

Namun, suatu hari, bila anda mampu nanti, anda perlu tahu beberapa fakta tentang kereta Ferrari terbaharu ini. Portofino ialah Ferrari yang bumbungnya boleh di buka, dan antara kereta berkuasa tinggi dengan bumbung terbuka.

 

FP4

 

Ia menggunakan enjin 3.9-liter V8 turbo berkembar, yang mampu menghasilkan 590 hp dan 759 Nm tenaga tork dari 3,000 hingga 5,200 rpm. 

 

Ini membolehkan Portofino memecut ke 100 km/h dalam 3.5 saat dan terus mencapai kelajuan tertinggi 320 km/j.

 

FP5

 

Enjin V8 Portofino menampilkan perubahan piston dan con-rod baharu dan lubang injap udara yang diubahsuai. Sistem ekzosnya juga baharu dan terdapat sistem pengurusan Variable Boost Management yang mengawal penghasilan tenaga tork antara gear, untuk memberikan respons kuasa yang lebih baik dan pada masa memelihara kadar penggunaan bahanapi. 

 

Tahap pengendalian mengikut standard Ferrari, dengan sistem stereng berkuasa elektrik dan kebezaan belakang elektronik (electronic rear differential) generasi ketiga. 

 

FP6

 

Chassisnya pula diperbuat dari aluminium sepenuhnya serta terdapat sistem suspensi “magnetorheological” yang menjanjikan pengendalian yang mantap sentiasa. 

 

Kita akan melihat pelancaran dunia Portofino di Pertunjukkan Permotoran Frankfurt, Jerman bulan depan.

SaveSave

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…