Ferrari F50 penuh bersejarah ini sedia untuk dijual!

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari F50 merupakan sebuah sports car yang diperkenalkan pada tahun 1995 menggunakan enjin 4.7 liter Tipo F130B aspirasi natural bentangan V12, enjin yang dibangunkan untuk sukan Formula One pada ketika itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dengan bilangan produksi yang amat terhad, iaitu sekitar 349 unit sahaja sepanjang dua tahun pengeluaran, model yang dipaparkan ini merupakan unit pertama keluar daripada barisan produksi dan unit sebenar yang digunakan oleh Ferrari ketika awal pengenalannya. 

 


Tidak seperti model pertunjukan yang lain, ia masih sebuah Ferrari yang berfungsi sepenuhnya dan digunakan secara serius mengelilingi litar ujian Ferrari di Fiorano sebelum membuat pengenalan rasmi di Geneva. 

Selain daripada itu, insan-insan bertuah yang lain turut sama berpeluang membawa F50 ini ke jalanan seperti Dario Benuzzi, Niki Lauda, Gerhard Berger dan Jean Alesi, ketika itu merupakan pemandu rasmi pasukan F1 Ferrari. 
 


Bagi mereka yang melibatkan diri di dalam model berskala, pastinya mengetahui bahawa model ini juga sebenarnya menjadi asas kepada pembikinan model skala yang dihasilkan oleh Burago, Maisto, Tamiya, Revell dan sebagainya. 
 


Model sulung F50 yang penuh dengan nilai estetika bersejarah ini akan dijual kepada pembeli yang berminat untuk memiliki supercar dengan jarak perbatuan yang sangat sedikit, sekitar 2253 km sahaja. 
 


Apa yang pasti, walaupun tiada sebarang harga diberikan, model yang 'rare' dari Ferrari ini akan dijual dengan tag harga yang dijangka melebihi US$ 2 juta (RM8.16 juta++) dan perlu diserahkan kepada pemilik yang benar-benar menghargai semangat Ferrari F50. 

Bagi mereka yang berminat, sila layari laman web Autosport Design untuk mencuba nasib. 

 

Tags