Ferrari akan hasilkan supercar elektrik dan SUV terlaju dunia

oleh HEZERI SAMSURI|

Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Sergio Marchionne berkata bahawa Ferrari akan menghasilkan sebuah supercar elektrik untuk bersaing dengan Tesla.

"Jika ada supercar elektrik yang akan dibina, ianya akan dibina oleh Ferrari," kata Marchionne.

"Jika orang ramai terpegun dengan kemampuan Tesla, kami rasa kami boleh lakukannya juga," sambungnya yang juga menjadi ketua untuk Fiat Chrysler Automobiles NV, pemilik Ferrari.

Setakat ini, Marchionne tidak ada membuat sebarang pelaburan dalam sebarang syarikat yang membuat kenderaan elektrik.

Ferrari katanya akan menghasilkan kenderaan hybrid dahulu kerana selepas itu, lebih mudah untuk menghasilkan supercar EV.

Perancangan oleh Marchionne itu dikatakan akan menjadi perancangan yang terakhir untuk beliau yang sudahpun berusia 65 tahun.

 

Beliau mahu Ferrari melepasi had produksi 10,000 unit setahun (had yang ditetapkan sendiri oleh syarikat itu untuk menjadi eksklusif) dan juga memastikan keuntungan sebanyak dua kali ganda, iaitu 2 juta Euro sebelum tahun 2022.

Dalam satu temuramah, Marchionne berkata masanya sudah tiba untuk syarikat kenderaan mengubah fokus dari enjin bahanapi biasa kepada hybrid, kenderaan elektrik dan fuel cell.

Beliau yang suatu ketika dahulu sangsi akan kepesatan pertumbuhan teknologi kenderaan terpaksa akur dengan perkembangan sekarang. 

"Saya kira dalam tahun 2025, kurang dari separuh kereta yang dijual akan menggunakan enjin biasa kerana akan lebih ramai pengguna membeli kenderaan hybrid, elektrik atau fuel cell," sambungnya.

Marchionne menjangkakan syarikat kenderaan mempunyai kurang dari 10 tahun untuk mengubah konsep perniagaan masing-masing agar mampu bertahan dalam dunia berteknologi baharu.

Di samping itu, Marchionne juga berkata Ferrari akan menghasilkan SUV pertamanya pada openghujung tahun 2019 atau 2020.

"Ia akan menjadi SUV paling laju di dalam pasaran," ujar lagenda automotif Eropah itu.

 

*Imej Ferrari dari laman web Motor1
 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Informasi
Motosikal dimaksudkan adalah seperti yang anda dapat lihat di bawah ini.  
Sukan Bermotor
Mengimbau kembali prestasinya pada perlumbaan sama tahun lalu, Zen low berjaya menamatkan…
Berita Global
Terdapat pelbagai koleksi gambar Enzo dari awal penglibatan beliau hingga lah gambar terakhir…