Ferrari 488 Pista Spider - Model ke-50 Ferrari dengan bumbung drop-top

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum China menjadi pasaran terbesar automotif dunia, Amerika Syarikat adalah syurga buat pengeluar. Pasaran ini begitu besar sehinggakan pengeluar boleh menawarkan model khusus untuk negara ini tanpa memasarkannya ke negara lain.

Maklumlah, jualan kenderaan di AS sekitar 17 juta setahun.

Bukan sahaja model khusus malah jenama baharu dari pengeluar yang sama seperti Acura, Lexus dan Infiniti.

Pengeluar kereta eksotik juga suka dengan pasaran AS kerana kuasa beli rakyat yang tinggi. 

Terbaru Ferrari telah mempertontonkan model Special Series iaitu 488 Pista Spider sempena pameran tersohor Concours d’Elegance® yang berlangsung di Pebble Beach, California.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ferrari 488 Pista Spider

 

Ferrari 488 Pista Spider adalah model ke-50 dari jenama Itali dan memang sengaja dipertontonkan di AS terlebih dahulu memandangkan sejak tahun 1950 an pembeli di negara tersebut gemarkan kereta convertible.

Lihat saja bagaimana aksi filem AS dengan pelakon yang bersahaja memandu kereta dengan bumbung terbuka.

Selain daripada bumbung yang boleh dibuka, Ferrari ini kekal berbisa dan tetap mengutamakan prestasi.

Ia dikuasakan oleh enjin V8 3902 cc turbo berkembar yang baru sahaja memenangi anugerah Enjin Terbaik Dunia untuk tiga tahun berturut-turut sempena majlis Anugerah Enjin Antarabangsa Dunia 2018. 

 

Ferrari 488 Pista Spider

 

Dengan bumbung terbuka, ngauman enjin Ferrari pasti lebih mengasyikkan di telinga pemandu dan penumpang.

Satu lagi sasaran yang ditetapkan ialah penggunaan material ringan pada interior kereta. Bahagian dalaman banyak menggunakan material gentian karbon dan Alcantara® manakala karpet digantikan dengan plat aluminium dan pemegang pintu bahagian pemandu menggunakan tali sahaja untuk ditarik.

Aspek kejuruteraan lain diambil terus daripada model standard 488 Pista yang telah dibangunkan daripada input perlumbaan seperti 488 Challenge dan 488 GTE.

Dengan itu boleh dianggap bahawa kereta ini mempunyai pengaruh perlumbaan dalam versi kereta convertible.

 

Ferrari 488 Pista Spider

 

Dari segi pengendalian, 488 Pista Spider ini menawarkan pecutan yang pantas, pusingan stereng tepat, tukaran gear pantas, kecekapan membrek dan kestabilan cemerlang.

Prestasi ini dicapai melalui sistem kawalan dinamik lateral baharu yang dipanggil Ferrari Dynamic Enhancer (FDE) dengan meletakkan had kereta di aras baharu supaya lebih intuitif, dalam kawalan dan jangkaan pemandu.

Ferrari Pista 488 Spider ini dibekalkan dengan roda aloi 20 inci sepuluh rongga dan jika pembeli tidak mahukannya boleh memilih rim gentian kaca yang menawarkan berat sebanyak 20 peratus lebih ringan berbanding rim standard.

Berikut ialah spesifikasi teknikal Ferrari 488 Pista Spider

ENJIN

Jenis: V8 – 90° turbo berkembar
Sesaran: 3902 cc
Output Maksimum: 530 kW (720 cv) @ 8000 rpm
Tork Maksimum: 770 Nm @ 3000 rpm dalam gear ketujuh 

DIMENSI DAN BERAT

Panjang: 4605 mm

Lebar: 1975 mm
Tinggi: 1206 mm
Berat kering : 1380 kg

PRESTASI

0-100 km/j: 2.85 s
0 -200 km/j: 8 s
Kelajuan maksimum: 340 km/j

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ferrari 488 Pista Spider

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan kereta produksi dengan ciri bumbung drop-top yang ke-50 syarikat tersebut yang…