Ferrari 488 Pista bakal lakukan debut di Geneva Motor Show Mac depan

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengeluar kereta terkenal Itali, Ferrari baru-baru ini mendedahkan bakal melakukan debut bagi Ferrari 488 Pista pada Pameran Automotif Antarabangsa Geneva (Geneva Motor Show) 2018 awal Mac depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Ferrari berkata, pemilihan nama ‘Pista’ dilakukan sebagai simbolik penghormatan kepada warisan perlumbaan Ferrari.

Untuk makluman, Ferrari 488 Pista dibina di atas platform model Ferrari terdahulu, Ferrari 488 GTB.

Membelek spesifikasi jentera super car tersebut, ia digerakkan nadi enjin F154 CB 3.9 liter lengkap 360 Challenge Stradale, 430 Scuderia dan 458 Speciale.

Fakta menarik bagi Ferrari 488 Pista adalah kuasa dihamburkan dari jentera berkenaan setinggi 710Hp pada julat pusingan enjin per minit (rpm) sekitar 8,000 manakala puncak tork maksimum pula sekitar 770 Nm.

Penghantaran kuasa dari gandar roda jentera tersebut kemudian dibantu padanan kotak transmisi tujuh kelajuan dengan turbo berkembar V8.

Jadi tidak menghairankan jika super car berkenaan hanya mengambil masa 2.85 saat bagi pecutan dari titik pegun ke 100 kilometer sejam (kmsj) sementara dari kedudukan sama ke 200 km/j pula cuma 7.6 saat sahaja.

Ferrari menegaskan kelajuan maksimum mampu dicapai jentera tersebut ialah 340 kmsj. Wah! Betul-betul laju.

Kuasa hebat itu mudah dicapai susulan berat kering dimiliki Ferrari 488 Pista hanya sekitar 1,280 kilogram (kg).

Kehadiran sistem Side-Slip Angle Control (SSC) versi keenam Ferrari turut dianggap sebagai 'penambah perisa' kepada aspek penghantaran kuasa super car berkenaan secara keseluruhannya.

Selain sistem tersebut, antara fungsi lain dimiliki Ferrari 488 Pista ialah E-Diff3, F1-Trac, Magnetorheological Suspension (SCM) dan Ferrari Dynamic Enhancer (FDE).

Careta pasti super car baharu Ferrari ini bakal memukau pengunjung yang hadir pada pameran itu nanti.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…