Fenomena Myvi: Lebih 20,000 ditempah, 4,500 telah diserahkan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perodua nampaknya sekali lagi berjumpa dengan resipi yang tepat kerana sudah lebih 20,000 tempahan diterima sejak Myvi generasi ketiga itu dilancarkan sebulan lalu.

Perodua juga telah berjaya menyerahkan 4,500 unit Mhyvi baharu kepada pemiliknya dalam masa sebulan ini, satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk sebuah syarikat kenderaan tempatan.

Menurut Datuk Dr Zahari Husin, fokus kali ini ialah untuk memastikan penyerahan Myvi baharu kepada pembeli dapat dilakukan dalam masa yang munasabah.

Datuk Zahari (gambar di bawah) yang memegang jawatan Pengarah Urusan untuk Perodua Sales berkata ia sedang melakukan promosi menarik untuk Axia, Bezza dan Alza yang melibatkan rebat sehingga RM2,000 (varian terpilih).

 

zahri

"Pihak pelanggan dijemput untuk melawat dewan pameran dan pusat servis Perodua dalam kempen Jom Singgah kami untuk menikmati promosi dan hadiah istimewa," ujarnya.

Jom Singgah bermula dari 8 hingga 10 Disember.

"Jangan lupa untuk memandu uji Myvi 1.5L dan Myvi 1.3L dan rasai pengalaman pemanduan mereka, " sambung beliau.

Perodua sudah menjual sebanyak 184,707 unit kenderaan sejak Januari hingga November lalu, peningkatan sebanyak 1.2 peratus dari jumlah jualan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…