Fawster - Sifu talaan handling kereta buka kedai masa PKP

oleh HEZERI SAMSURI|
Fawster Motorsport, kedai anak Melayu yang memang terkenal kerana pakar dalam set-up pengendalian kereta sudah memulakan operasinya semasa PKP Fasa 4 ini.

Menurut pemiliknya, Fadzil Alang, pelanggan sudah boleh menghantar kereta mereka ke bengkelnya untuk perkhidmatan talaan sistem gantungan dan tayar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terkenal di kalangan mereka yang memang lebih gemar melayan selekoh dari memandu di laluan lurus, kepakaran Fadzil sudah lama dikenali, sejak beliau bersama dengan pasukan perlumbaan Proton dahulu.

Memang cerewet dan memakan masa, hasilnya memang jauh lebih berbaloi dari harga yang dikenakan.

Menurut Fadzil, pelanggan perlu menghantar Whatsapp untuk membuat temujanji sebelum datang ke bengkelnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

 

 

Pelanggan disarankan tidak menunggu kerana tempat pelanggan terhad akibat penjarakkan sosial.

Harga perkhidmatan bermula dari serendah RM80 bergantung kepada apa yang dilakukan.

"Kami memang memastikan pelanggan mencapai kepuasan pemanduan tetapi yang paling penting, keselamatan ketika memandu. 

 

 

Kenderaan yang lebih mudah dikawal adalah lebih selamat," ujarnya.

Setiap pekerja Fawster akan dipantau suhu badan dan mereka akan menggunakan topeng muka bila berurusan dengan pelanggan.

Untuk membuat temujanji anda, tekan link ini - SAYA MAHU KE FAWSTER MOTORSPORT atau hubungi 012-200 2029.