Fattah Amin - semangat juang atau ganas? Lengkap dengan gambar Vios Fattah selepas kemalangan.

oleh HEZERI SAMSURI|

Perlumbaan Toyota Gazoo Racing baru-baru ini di Stadium Batu Kawan melihat perlumbaan kelas Promotional di mana ia disertai oleh lapan orang selebriti dan dua orang tetamu khas UMW Toyota.

Ternyata Shawn Lee, selebriti Beat Boxer bertaraf dunia berada di dalam kelasnya tersendiri. Beliau yang memang pernah memandu di trek dan juga berkebolehan dalam drifting nampaknya memang menguasai perlumbaan pertama dan kedua dan mampu menjarakkan dirinya dari kelompok pelumba yang lain.

 

sahwn lee

 

Tidak terkejut jika Shawn akan dimasukan di dalam kategori Sporting kelak, sebagai wakil dari kelas Promotional.

Namun apa yang lebih menarik ialah “pergeseran” antara dua selebriti lelaki Fattah Amin dan Shukri Yahaya.

Fattah memulakan perlumbaan Pusingan 1 di tempat kedua di belakang Shawn Lee. Sayangnya, beliau dipotong oleh Shukri yang terus mendahului Fattah di dalam perlumbaan basah itu.

Fattah kelihatan gigih untuk mencari peluang memotong Shukri dan akhirnya beliau mencuba untuk masuk ke bahagian dalam di selekoh terakhir. 

 

fattah 1

 

Shukri yang memang sudah berada di hadapan terpaksa mengelak, tetapi beliau masih mengekalkan posisi dan akhirnya berlaku adegan himpit-menghimpit yang merosakan kereta Fattah dan terpaksa keluar dari perlumbaan

Di hari kedua, Fattah yang terpaksa bermula di petak tiga dari belakang berusaha untuk terus mengejar Shukri yang berada di posisi kedua. 

Fatah sebenarnya berjaya memotong beberapa orang pelumba sehingga beliau berada di belakang pelumba wanita, Diana Danielle.

 

Diana 2

 

Fatta kemudiannya mencuba mengekori rapat Vios Diana tetapi pemandu wanita itu tidak mudah goyah dan meneruskan perlumbaan dengan biasa.

Di selekoh ketiga, Fattah sekali lagi cuba mencucuk ruang di dalam selekoh walaupun memang tidak cukup ruang untuk kedua kereta itu melepasi kawasan itu.

Diana yang memang berada di hadapan tidak dapat berbuat apa-apa dan beliau dilanggar dari tepi lantas memanjat sisi kereta Fattah.

Diana terpaksa menghabiskan perlumbaannya di situ kerana kerosakan yang dilakukan oleh perlanggaran itu sementara Fattah cuba memandu Vios lumbanya yang memang sudah rosak teruk.

 

Fattah 2
Fattah yang terpaksa berhenti kerana Vios beliau tidak dapat meneruskan lagi perlumbaan.

 

Akhirnya selepas satu pusingan, Fattah terpaksa mengaku kalah dan berhenti kerana keadaan kenderaannya sudah menjadi risiko kepada pelumba lain.

Fattah Amin memang nampak agresif dan mungkin kerana beliau masih kurang berpengalaman, Fattah kelihatan sedikit gelojoh dan terlupa beberapa undang-undang perlumbaan.

Apa pun, Fattah memang mempunyai semangat juang yang tinggi cuma diharapkan agar beliau tidak terlalu agresif di pusingan seterusnya kerana ia hanya akan merugikan beliau.

Undang-undang perlumbaan akan memberikan penalti masa untuk setiap kesalahan. Ia diwujudkan agar pelumba lebih berhemah dan berdisiplin di kemudian hari.

Cuba lihat galeri kereta Fattah Amin selepas perlumbaan kedua.


 

Add new comment