F4SEA Awards 2017 - Pelumba Malaysia raih tempat ketiga kategori Rookie Champion, anugerah Best Drive

oleh Mohamad Hanif|
8 Jun yang lalu, telah berlangsung MERITUS Awards Gala yang dibawakan oleh PETRON di ASTRO All-Asoa Broadcast Centre Bukit Jalil.

Majlis tersebut diadakan bagi menghargai pemandu-pemandu yang terbaik pada Kejohanan FIA Formula 4 Southeast Asia 2017 dijanakan oleh PETRON selama lapan bulan yang berakhir pada April lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada majlis penyampaian anugerah tersebut, rakyat Malaysia Muizz Musyaffa dan Nazim Azman masing-masing meraih anugerah tempat ketiga Rookie Champion dan anugerah Best Drive. 

Malah, Muizz juga turut dianugerahkan biasiswa daripada SIC bagi bertanding di dalam musim seterusnya F4 SEA yang akan bermula Julai ini. 


Sementara itu, rakyat China Daniel Cao telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan mengalahkan pesaing terdekat beliau Kane Shepherd (Thailand) dan Ugo de Wilde (Belgium), masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. 

Selain daripada itu, beliau juga turut mencatatkan rekod pusingan terpantas ketika berlumba di litar Sepang dan litar Clark ketika kejohanan berlangsung. 
 


Ketika ditemuramah oleh media, Muizz, 16 tahun kini menaruh harapan yang tinggi pada musim yang seterusnya dan berazam untuk mencapai keputusan yang lebih baik. 

"Saya berharap dengan kemenangan (tempat ketiga kategori Rookie) dan biasiswa ini mampu memberikan semangat kepada saya untuk terus mara dalam perlumbaan seterusnya," tambah beliau. 

Manakala penerima anugerah Best Drive, Nazim, 17 tahun berasa bangga pencapaian cemerlang  ketika pusingan pembukaan F4 SEA melayakkan beliau menerima anugerah tersebut. 
 


F4SEA juga turut mengumumkan seramai empat orang pemandu yang terbaik akan diberikan peluang untuk dinilai prestasi mereka oleh pasukan pendahulu F1, McLaren. 

Keempat-empat pemandu tersebut bakal menerima pengalaman F1 yang amat berharga di ibupejabat pasukan McLaren bertempat di Woking, Surrey, England. 

Musim baharu Kejohanan F4SEA dijadualkan bakal bermula pada Julai ini bertempat di Sepang, Madras dan Buriram, dan dijangka tamat pada bulan Disember. 
 

Senarai Pemenang
1st Overall Champion: Daniel Cao (CHN) 
2nd Overall Champion: Kane Shepherd (THA)
3rd Overall Champion: Ugo de Wilde (BEL)

1st Rookie Champion: Kane Shepherd (THA)
2nd Rookie Champion: Hibiki Taira (JPN) 
3rd Rookie Champion: Muizz Musyafa (MAS)

Fastest Lap 
Sepang, Malaysia: Daniel Cao (CHN)
Buriram, Thailand: Ugo de Wilde (BEL)
Clark, Philippines: Daniel Cao (CHN)

Best Drive: Nazim Azman (MYS)
Best Recovery: Luke Thompson (IRL)
Up & Coming Talent: Alessandro Ghiretti (FRA)
Best Engineer: Azizul Azfar (MYS)
Best Mechanic: Shah Effendy (MYS)
 

Tags