F1: Dokumen palsu

oleh HEZERI SAMSURI|

Dokumen tuntutan gantirugi oleh pasukan Formula 1 Haas atas kerosakan yang berlaku pada jentera Romain Grosjean bernilai US$295,000 atau RM1.24 juta itu adalah palsu, menurut CEO Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan Razali.

“Dokumen itu palsu dan ini disahkan oleh FIA secara rasmi,” ujar Razlan semalam.

Romain Grosjean mengalami kemalangan selepas keretanya melanggar penutup longkang di selekoh 13 semasa sesi latihan kedua Jumaat lalu.

Pihak SIC tidak bercadang untuk membuat laporan palsu atas dokumen itu.

“Kami mahu fokus kepada perlumbaan akhir ini,” tambah Razlan.

Sebanyak 70,000 tiket terjual semalam dan harapan SIC agar kesemua 80,000 tiket akan habis dijual hari ini.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Jumpa saya di Media Center. Di pejabat saya membosankan kerana semua aksi ada di kawasan ini (…