Honda EX5 merupakan motorsikal Honda paling popular di Malaysia dengan penjualan melebihi 2 juta unit sejak mula dilancarkan pada tahun 1987 sehingga kini.
EX5 merupakan model cub Honda pertama di Malaysia yang dipasang teknologi baharu iaitu sistem sutikan bahan api (FI) yang pertama di dalam kelasnya.
Menerusi sistem ini, ia mampu meningkatkan kuasa serta memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik.
Tangki minyak berkapasiti 4.3 liter itu turut membantu para penunggang mengurangkan kekerapan mengisi bahan api ketika berjalan jauh.
Penampilan luaran EX direka semula dengan penggunaan jalur retro, lambang beserta pemegang belakang berwarna krom memberikan imej klasik kepada model ini.
Penutup ekzos dengan kemasan krom juga bukan sahaja memberikan pelindungan daripada haba, bahkan menambah lagi ciri menarik sebuah EX5.
Boon Siew Honda yakin bahawa dengan pengenalan EX5 baharu ini mampu menarik kumpulan pelanggan berpotensi terutamanya pengguna muda yang sukakan motorsikal bereputasi tinggi serta memiliki reka bentuk yang bergaya.
Harga jualan bagi model EX5 bermula dari RM4,859 tidak termasuk GST.
Setiap model didatangkan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.