Evolusi Volkswagen Golf dari MK1 hingga MK7!

oleh Afandi Che Muhamad|
Terkenal dengan tagline 'Das Auto' yang menterjemah makna 'kereta', tidak logik jika ada antara kita tidak mengenali Volkswagen.

Menyelak lembaran sejarah pengeluar kereta ikonik kelahiran Jerman itu, ia sudah merajai industri automotif global sejak lapan dekad lalu lagi.

Diasaskan Dr. Ferdinand Porsche seawal tahun 1938 atas arahan Adolf Hitler, perjalanan Volkswagen mulanya dilihat kurang cantik.

Laluan Volkswagen untuk menyinar hanya hadir selepas tamat perang antara Poland dan Jerman pada tahun 1945.

Bermula saat itu, syarikat berkenaan dilihat enggan memperlahankan rentak demi memastikan portfolio jenama tersebut popular dan model yang bertanggungjawab meletakkan Volkswagen di tempatnya hari ini ialah model Beetle sebelum disusuli Golf.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercerita mengenai Volkswagen Golf, siri pertamanya mula diperkenalkan pada 29 Mac 1974 di Wolfsburg.

Harus diketahui, penghasilan Volkswagen Golf yang diketuai Giorgio Giugiaro itu dilihat menjadi subjek penyambung legasi kejayaan model terdahulu iaitu Beetle.

Memiliki pakej lengkap dengan rekaan dan prestasi enjin hebat, nama Golf melonjak naik sebagai model hatchback paling 'laku keras' dalam sejarah Volkswagen.

Dianggap trend-setter, VW Golf telah diperbaharui dari generasi pertama (MK1) hingga generasi ketujuh (MK7).

Evolusi

1. Volkswagen Golf MK1 (1974 hingga 1983)

Model generasi pertama Golf, MK1 dibina berlandaskan platform Volkswagen Beetle namun dibezakan dengan tata letak enjin.

Enjin yang sebelum ini berada di bahagian but belakang kini dialihkan ke bonet hadapan sementara sistem sejukan udara pula turut ditukar kepada sejukan air.

2. Volkswagen Golf MK2 (1983 hingga 1991)

Dengan reka bentuk yang lebih baik, generasi kedua Golf adalah evolusi pendahulunya.

Tetapi secara teknikal, kereta generasi kedua ini memperkenalkan sistem baru seperti penukar pemangkin terkawal (1984), Brek Anti-Kunci atau lebih dikenali sebagai ABS (1986) dan pacuan semua roda (1986).

Sistem berkenaan kemudian menjadi tanda aras bagi generasi seterusnya selepas MK2.

3. Volkswagen Golf MK3 (1991 hingga 1997)

Generasi ketiga Golf mula diperkenalkan pada tahun 1991 sebelum dinaik taraf dengan kehadiran ciri standard beg udara di bahagian hadapan setahun kemudian.

Pengenalan ciri baharu tersebut dianggap sebagai pencapaian terbesar dalam industri automotif dunia ketika itu.

Selain ciri berkenaan, MK3 turut disuntik dengan kelebihan nadi enjin TDI pertama seumpamanya pernah dipasangkan untuk model Golf.

4. Volkswagen Golf MK4 (1997 hingga 2003)

Direka di bawah pengawasan Hartmut Warkuß, Golf generasi keempat dianggap sebagai perintis bagi siri VW Golf moden dengan kehadiran teknologi baru seperti ESC (1998) dan kotak gear berkembar (2002).

5. Volkswagen Golf MK5 (2003 hingga 2008)

Satu lagi evolusi Golf, model generasi kelima ini didatangkan dengan teknologi Blue Motion yang membantu merekodkan purata penggunaan bahan api sebanyak 4.5 liter bagi setiap 100 kilometer (km).

Teknologi itu amat didambakan penggemar setia jenamanya yang inginkan penjimatan minyak.

6. Volkswagen Golf MK6 (2008 hingga 2012)

Golf MK6 masih menggunakan platform sama seperti MK5.

Untuk makluman, model generasi keenam ini telah mendapat penarafan lima bintang dalam ujian kemalangan EuroNCAP.

Selain elemen keselamatan lima bintang, kelebihan Golf MK6 terletak pada nadi enjin TSI (ditukarkan daripada TDI sebelum ini) selain aplikasi ciri teknologi Blue Motion kedua.

7. Volkswagen Golf MK7 (2012-sekarang)

Beralih ke Golf MK7, ia digarap dengan seni bina modular baharu yang membantu mengurangkan berat jentera sebanyak 100 kilogram (kg).

MK7 merupakan model Golf generasi ketujuh dengan teknologi paling kompleks lengkap dengan kehadiran sistem keselamatan termasuk perlindungan penghalang PreCrash dan Sistem Brek Pasca Pasang Automatik.

Berita Berkenaan

Informasi
Diantara barisan model motosikal mereka, terdapat satu divisi dimana divisi model ini lah yang…
Informasi
    Dianggarkan satu bilion pengguna mempercayai jenama Continental setiap hari! Continental…
Berita Global
Apa yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan sebuah Countach LP 400 S tahun 1979 yang…