Everus EV Concept - Apabila Honda HR-V jadi kereta elektrik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tahukah anda negara kita mengamalkan dasar perlindungan yang agak ketat satu ketika dahulu sehinggalah liberalisasi ekonomi dilakukan susulan perjanjian bebas dan dasar ekonomi terbuka.

Jika ada yang merasa rimas dengan dasar tersebut sewaktu ia dipraktis dahulu, anda harus analisa dasar perlindungan yang diamalkan negara China.

Tidak mengapa dengan negara kita kerana saiz pasaran yang kecil. Jika pengeluar global tidak boleh berniaga secara bebas di sini, mereka boleh angkat kaki dan berbisnes di negara yang lebih terbuka.

Tetapi jika anda sebuah negara besar dengan berbondong-bondong eksport ke sesebuah negara tetapi pada masa yang sama anda mengamalkan dasar pintu tertutup di manakah letaknya perdagangan yang saksama?

Oleh itu tidak hairanlah apabila isu ini menjadi perhatian Presiden AS, Donald Trump apabila beliau mahu mengenakan duti import berganda pada barangan yang diimport dari China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Everus EV Concept


Trade war yang menjadikan pasaran saham menjadi tidak stabil. Selepas beberapa ketika ia menjadi perdebatan hangat, China mengumumkan bahawa industri automotifnya akan dibuka kepada syarikat asing tanpa sekatan pemilikan dalam masa beberapa tahun lagi. 

Praktis di negara China ialah sesebuah syarikat asing perlu mempunyai rakan kongsi tempatan dengan pemilikan saham yang besar dalam perusahaan mereka. Syarikat itu juga perlu memiliki lesen pengilangan supaya ia dapat beroperasi sepenuhnya.

Disebabkan dasar tersebut maka wujudlah sejumlah syarikat automotif asing yang bekerjasama dengan syarikat tempatan China bagi menjalankan operasi mereka di sana.

Salah satu syarikat kerjasama atau JV tersebut ialah GAC Honda yang merupakan gabungan di antara Honda dan Guangzhou Automobile Group (GAC Group).

 

Everus EV Concept

 

Hasil kerjasama kedua-dua syarikat ini mereka memasarkan jenama Everus.

Everus telah lama beroperasi iaitu sejak 2008 lagi dan merupakan syarikat asing pertama yang mengeluarkan jenama baharu di bawah kerjasama kedua-dua syarikat ini di China.

Produk pertama syarikat JV Jepun dan China ini ialah Everus S1 yang dipasarkan pada tahun 2011. Tidak sukar sebenarnya untuk mengetahui bahawa Everus S1 ini adalah produk Honda kerana ia sebenarnya Honda City generasi kedua dengan sedikit perubahan kosmetik.

Selepas hampir 20 tahun bekerjasama, Everus bakal memasarkan model yang benar-benar serius dan bukan projek celup mana-mana model yang sudah ada.

Pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Beijing 2018 yang sedang berlangsung sekarang, Everus mendedahkan model terbaharu yang dikenali sebagai Everus EV Concept.

 

Honda Accord Hybrid

 

Walaupun ia sebenarnya adalah sebuah Honda HR-V dengan rupa baharu tetapi isinya adalah sistem elektrik. Ini juga satu lagi dasar China yang baik dalam menangani masalah pencemaran dan juga mengalakkan negara itu menjadi pusat teknologi EV dunia.

Everus EV Concept adalah sebuah model eksklusif untuk China dan ia bakal dilancarkan kepada umum pada tahun ini juga.

Tentang jarak perjalanan yang boleh dicapai dengan caj penuh, Honda belum mendedahkannya dan masih terlalu awal untuk dibuat penanda aras dengan model lain.

Selain itu, Honda turut merancang Everus EV untuk digunakan dalam program perkongsian kenderaan di bawah syarikat Reachstar di mana Honda mempunyai pelaburan modal di dalamnya.

 

Honda Accord Hybrid

 

Di ruang pameran yang sama Honda turut mempamerkan Accord Hybrid dan pameran perdana dunia Inspire concept yang juga bakal dijual tahun ini.

Honda mempunyai perancangan besar dalam teknologi mesra alam dan mensasarkan untuk melancarkan 20 model elektrifikasi menjelang tahun 2025.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Inspire Concept

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…