Everest Muzzammil lebih tinggi!

oleh HEZERI SAMSURI|

Dari modifikasi trak pikap ke sebuah SUV, Muzzammil Mustapah, ahli perniagaan dari Bandar Bukit Mahkota yang berusia 33 tahun ini nyata masih kekal setia dengan konsep yang ada.

Bagi peminat trak pikap Ford Ranger, Muzzammil atau trak pikap Ranger Wildtrak putihnya pasti dikenali. Dengan modifikasi bertemakan ringkas dan kemas (simple and neat), Wildtrak Muzzammil menggunakan tayar 37-inci dengan liftkit 8 inci.

Memang ia gergasi, dan Muzzammil tetap masuk off-road dengan trak itu kerana rakan-rakan beliau dari Kelab Ranger T6 Malaya setia bersamanya, memotong buluh dan dahan yang menghalang gergasi Muzzammil itu.

 

Muzzammil 1

 

Keperluan keluarga menjadi sebab kenapa beliau menjual Ranger Wildtraknya dan membeli Ford Everest 3.2L Titanium ini. Walaupun keluarganya sudah mempunyai sebuah MPV, Muzzammil mahukan satu kenderaan tujuh tempat duduk untuk membawa keluarganya bersantai di destinasi berhampiran.

Dibeli pada bulan Februari 2017 lalu, Muzzammil tidak menunggu lama untuk memulakan modifikasi kepada SUV ini.

 

Muzzammil 2

 

Di bawah ialah senarai modifikasi yang dilakukan oleh Muzzammil kepada Everest ini.

  • Sistem gantungan ditukar kepada set Old Man Emu sepenuhnya. Ia menaikkan Everest ini setinggi dua inci.
  • Sesendal (bushing) untuk lengan atas (upper-arm) kepada jenis Super Pro 4X4 agar pemanduan terasa lebih solid, lebih-lebih lagi ia sudah ditinggikan dan dipadankan dengan set kombo roda/tayar yang jauh lebih besar dari asal.
  • Roda aloi 20-inci dari jenama Fuel ini ialah set yang kedua digunakan oleh Muzzammil. Set pertama ialah dari Fuel juga, tetapi bersaiz 17-inci sahaja.
Muzzammil 3

 

  • Tayar yang digunakan ialah tayar Cooper STT Pro Discoverer dengan saiz 305/55 R20. Ia adalah tayar off-road Cooper yang paling canggih dan datang dalam saiz unik “low-profile”, khas untuk rim besar.
  • Snorkel tepi dari jenis TJM. Walaupun perlu ditebuk lubang, Muzzammil berkata snorkel TJM jauh lebih cantik dari yang dikeluarkan oleh Ford sendiri.
  • Bar besi hadapan model Rocky dari jenis Overland.

 

  • Lampu sorot 18-inci LED dari Rigid Industries dipasang pada sebelah atas bar Overland. Nipis dan kecil, tetapi percayalah, lampu LED dari Rigid Industries memang sangat terang dan digunakan oleh pasukan tentera dan polis khas US.
  • Keseluruhan sistem ekzos ditukar kepada jenama dari Thailand. Menurut Muzzammil, ia memberi tambahan prestasi yang memang dapat dirasakannya dan paling penting, ia tidak terlalu bising. Ini yang dikatakan modifkasi “simple and neat” - tidak terlalu melampau. Dan ini adalah modifikasi yang mahal kerana sistem ekzos yang berkuasa tetapi senyap bukan mudah untuk dibuat.

 

e-step

 

  • Pemijak sisi elektrik boleh sorok. E-step atau Running Board dengan kawalan elektronik ini akan terlipat bila pintu ditutup dan diturunkan semula bila pintu dibuka. Antara perkara penting untuk kenderaan yang tinggi seperti Everest Muzzammil ini.

 

 

Modifikasi pada Everest ini jauh dari berakhir. Menurut Muzzammil, yang juga membantu operasi bengkel Euro Werks dan juga restoran bertemakan automotif, Cars Kitchen di Sunway, perancangan masa hadapan ialah talaan enjin agar lebih berkuasa.

“Mungkin hos dan juga paip serta intercooler akan ditukar, tetapi bukan sekarang. Saya tak terburu-buru, ada banyak lagi masa Insya Allah,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan bersama Careta.

Terima kasih kepada Muzzammil yang sentiasa menyokong Careta dan juga kepada jurufoto jemputan Careta, Tomalique untuk gambar-gambar yang mantap ini.

 

Muzzammil 7

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pengurusan Kobe Steel berkata mereka mengesan pemalsuan pada laporan-laporan piawaian industri…
Berita Global
Malah menampal sticker Raptor pada Ford Ranger mereka sudah menjadi kebiasaan, seperti meletakkan…
Sukan Bermotor
Ford dan Hoonigan Racing telah mengumumkan bahawa kedua-duanya akan bersara dari Kejuaraan FIA…