EU lancar siasatan ke atas subsidi China untuk kereta elektrik

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen pada Rabu mengumumkan siasatan anti-subsidi ke atas kenderaan elektrik dari China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pasaran global dibanjiri dengan kereta elektrik China yang murah, kata von der Leyen, ketika berucap kepada penggubal undang-undang Kesatuan Eropah di Strasbourg, Perancis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harga ditawarkan mereka kekal rendah oleh kerana "subsidi negara yang besar", katanya yang mengakibatkan kepada gangguan pasaran di EU.

EU, bagaimanapun, tidak bertolak ansur dengan gangguan pasaran sama ada dari dalam blok atau dari luar, kata von der Leyen.

"Eropah terbuka kepada persaingan, bukan untuk perlumbaan ke bawah," katanya.

Pada masa yang sama, adalah "penting untuk mengekalkan saluran komunikasi dan dialog terbuka dengan China," tambahnya.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, penggunaan teknik penyaduran krom bakal diharamkan kelak disebabkan oleh penghasilan…
Berita Global
Menurut berita Reuters, Jerman dilapor telah membentuk satu pakatan berasingan bersama-sama negara…
Berita Global
  Tahun lepas, 9.26 juta kereta penumpang didaftarkan, kurang 4.6 peratus daripada angka 2021,…