Errr... Honda CR-V tanpa bumbung di UK!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CR-V generasi kelima sudah lama dilancarkan di Amerika Syarikat dan negara ASEAN. Sambutan pengguna tempatan terhadap CR-V begitu sukses hinggakan di mana-mana sahaja terdapat SUV ini.

Tetapi tidak di United Kingdom walaupun mereka mempunyai Honda NSX dan Civic Hatchback. 

Honda CR-V baharu belum lagi dilancarkan dan Honda UK masih lagi menjual CR-V generasi keempat.

Memandangkan CR-V G4 masih di pasaran apa salahnya jika ditambah dengan varian baharu.

Bermula pada hari pertama bulan depan, Honda UK akan mula menawarkan CR-V yang hadir tanpa bumbung atau dipanggil sebagai roadster.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Honda CR-V

 

CR-V ini memang tiada bumbung yang disimpan di ruang kargo belakang malah tiang B dan C pun tidak ada langsung.

Jika ada yang bertanya apa jadi dengan ketegaran struktur SUV ini jawabnya ialah gagal langsung.

Lebih menarik projek ini bukan dibuat oleh jurutera dengan pelbagai kerja-kerja simulasi menggunakan komputer mahu pun ujian di atas jalan raya.

 

Honda CR-V

 

Ia sebenarnya dilaksanakan oleh pasukan perhubungan awam (PR) dan pemotong besi.

Pandai juga Honda UK bergurau, rupa-rupanya projek ini adalah sempena April Fool. Okaylah, sepuluh markah untuk Honda UK kerana membuatkan #abangterhibur.

Elok juga projek ini dibuat memandangkan suasana politik negara kita agak tegang. Ada masa kita perlu juga bawa bertenang dan kekalkan keharmonian sesama kita.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…
Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…