Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata anak syarikat milik penuhnya Peps-JV (Melaka) Sdn Bhd (PJVM) telah menerima anugerah tersebut, tertakluk kepada syarat yang perlu dipenuhinya dalam tempoh enam bulan daripada surat kelulusan.
Lesen ini akan membolehkan PJVM membangunkan kilang pembuatan bagi memasang EEV, EV dan produk berkaitan lain.
“Pengembangan ini akan membuka peluang perniagaan baharu untuk pendapatan serta pertumbuhan perniagaan sambil menyelaraskan perniagaan dengan inisiatif kemampanan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB Ahmad Razlan Mohamed berkata syarikat komited untuk memenuhi syarat Miti dalam tempoh yang ditetapkan.
“Kumpulan itu merancang menubuhkan kilang pembuatan tercanggih di Pegoh, Melaka bagi mempercepatkan lagi penerokaan kami ke dalam pasaran ini,” katanya.
Sumber: Bernama