Enjin 1.5 TSI ACT BlueMotion VW sama cekap seperti enjin diesel!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Walaupun dunia automotif sekarang ini sedang beralih dari teknologi pembakaran dalaman (ICE) kepada teknologi hibrid dan elektrik namun kemajuan masih mampu dicapai dalam teknologi tradisional tersebut.

Contohnya Mazda yang kekal berinovasi dalam teknologi ICE dengan hasil menggagumkan. Kerja-kerja teknologi hibrid atau elektrik tetap diteruskan tetapi dengan kerjasama pengeluar lain seperti Toyota.

Pada masa yang sama, Volkswagen juga turut mencapai kemajuan tinggi dalam teknologi ICE apabila enjin 1.5 TSI ACT BlueMotion dikatakan beroperasi secekap enjin diesel.

Enjin ini bukan lagi dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan tetapi sudah pun digunakan pada beberapa varian Volkswagen Golf baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Volkswagen Golf 1.5 TSI ACT BlueMotion

 

Berikut ialah kelebihan yang terdapat pada enjin 1.5 TSI ACT BlueMotion:

  • Tahap penggunaan minyak sama seperti enjin diesel tetapi lebih murah untuk dibeli
  • Menggunakan teknologi nyah aktif dua dari empat silinder atau menghentikan terus operasi
  • Menawarkan kadar tork tinggi tetapi rendah emisi 
  • Berkuasa 96 kW atau 130 PS
  • Penggunaan minyak pada kadar 4.8 l/100 km
  • Mengikut piawaian NEDC extra-urban penggunaan minyak lebih rendah iaitu 4.0 l/100 km/j (DSG: 4.1 l/100 km).
  • Enjin ini sepuluh peratus lebih cekap berbanding enjin yang setara dengannya

Di antara 'rahsia' enjin ini ialah melalui beberapa teknologi dan kelengkapan seperti pengecas turbo teknologi tinggi variable turbine geometry (VTG), sistem pengurusan silinder aktif (ACT) dan bagaimana pembakaran dalaman diuruskan atau TSI Miller combustion process.

 

Volkswagen Golf

 

Melalui kejayaan dan pembuktian yang telah dicapai ini, Volkswagen mahu memperkenalkan enjin 1.5 TSI ACT BlueMotion kepada model-model global lain pula.

Memandangkan VW adalah jenama besar di dunia pencapaian ini memberi indikator bahawa masih ada sinar untuk enjin ICE walaupun menerima tekanan hebat dari pembuat polisi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin