Enjin 1.2 PureTech pada Peugeot 208 dan 2008 ini menang Engine of the Year Awards 2017 Kategori 1.0L - 1.4L

oleh Muhammad Md Tajudin|
Enjin 1.2 PureTech pada Peugeot 208 dan 2008 ini menang Engine of the Year Awards 2017 Kategori 1.0L - 1.4L
Enjin 1.2 PureTech pada Peugeot 208 dan 2008 ini menang Engine of the Year Awards 2017 Kategori 1.0L - 1.4L
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin 1.2 liter, tiga silinder turbo PureTech yang dipasangkan pada Peugeot 208 dan 2008 pasaran tempatan dan global ini memang sesuatu.

Ia kecil, efisyen dan berjaya meletakkan kumpulan PSA setara dengan inovasi nadi kuasa jenama antarabangsa lain.

Enjin ini terus mengesahkan kemajuan kumpulan PSA apabila baru sahaja memenangi anugerah Engine of The Year 2017 dalam kategori enjin bersesaran 1.0 hingga 1.4 liter di Stuttgart, Jerman pada Rabu lepas.

Kemenangan ini sebenarnya adalah kali yang ketiga berturut-turut sejak 2015.

Terdapat dua varian enjin PureTech iaitu berkuasa 110 hp dan 130 hp. Ia dikenali sebagai PureTech 110 S & S dan PureTech 130 S & S. 

Enjin PureTech 1.2L turut mencatatkan jumlah produksi besar dan berikut ialah pencapaian lain enjin kecil dan menjimatkan ini:

  • Sejak 2014, lebih dari 850,000 enjin PureTech 1.2L dikeluarkan di dua kilang produksi global iaitu di French Mechanics, Douvrin (Pas de Calais), Perancis dan Xiang Yang, China. 
  • Pada penghujung 2017, PSA bakal menambah satu lagi lokasi pengeluaran enjin ini iaitu di Trèmery, Moselle.
  • Ia bagi memenuhi permintaan tinggi dan PSA mahu menambah sekali ganda jumlah produksi enjin ini 
  • Menjelang 2019, keluaran tahunan enjin PureTech 1.2L akan mencapai sejuta unit
  • Enjin 1.2 PureTech 110 dan 130 bhp benar-benar mencapai skala ekonomi apabila ia digunakan lebih dari 90 aplikasi dan dipasarkan di hampir 70 biuah negara
  • Enjin ini turut digunakan pada Peugeot 3008 dan Citroën C3 baharu.

Kumpulan PSA tidak duduk diam malah terus menambah baik enjin PureTech. Untuk tahun ini, tumpuan diberikan kepada penambah baikan prestasi dan penggunaan bahan api sehingga empat peratus.

Di antara beberapa inovasi yang bakal dibuat ialah penggunaan penapis (Gasoline Particulate Filter/GPF) bagi mengurangkan partikel emisi sehingga 75 peratus dalam memenuhi standard baharu di Eropah dan pasaran utama dunia.

Perubahan lain ialah penggunaan tekanan suntikan tinggi iaitu 250 bar, pengurangan geseran, pengenalan pengecas turbo baharu serta menjadikan enjin lebih kompak untuk mengoptimumkan aerodinamik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin