Enggan bayar saman had laju 200 km/j, pelancong ditahan keluar dari Dubai

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pelancong dari South Wales, telah dihalang keluar dari Dubai kerana sabit kesalahan memandu melebihi had laju ketika bertandang di sana melawat rakan-rakannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Farah Hashi, seorang OKU yang biasanya memandu sebuah Vauxhall Corsa yang diubah suai, telah ditahan dan passportnya dipegang oleh syarikat sewa kenderaan kerana enggan membayar saman had laju ketika menyewa sebuah Lamborghini. 

 


Lamborghini Huracan yang digunakan oleh Farah telah dikesan melebihi had laju 200 km/j di Sheikh Zayed Road, jalan yang paling panjang di United Arab Emirates di antara pukul 2.30 pagi sehingga 6 pagi Selasa yang lalu. 

Menurut laporan daripada akhbar nasional UAE, The National, hampir kesemua kamera perakam kelajuan sepanjang 558 km jalan tersebut telah merakam aksi pemanduan Farah sebelum beliau mencapai kelajuan tertinggi 241 km/j. 

Abang kepada "mangsa", Adnan Hashi telah hadir ke Dubai untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut, oleh kerana Farah terpaksa meminjam wang untuk memanjangkan lagi tempoh beliau "ditahan". 
 


Passport Farah kini dipegang oleh syarikat sewa tersebut sehingga beliau menjelaskan bayaran saman had laju yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berjumlah £36,000 (RM190 ribu!)

Pemilik syarikat sewa Lamborghini itu, Mohammed Ebrahim berkata, "saya hanya mahukan Farah mengaku perkara yang sebenar, kerana saya sendiri tidak mahu terlibat di dalam sebarang masalah berbangkit."

"Kami hanyalah sebuah syarikat yang kecil, dan perkara (enggan membayar saman) ini akan merugikan kami," tambah beliau. 
 


Sumber gambar: Shutterstock, CarWale

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…