Energica Ego - motosikal elektrik untuk FIM MotoE World Cup

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sejak Dorna Sports, penganjur MotoGP mengumumkan musim pertama kejohanan dunia perlumbaan motosikal elektrik bermula musim 2019, ramai yang masih tidak begitu menangkap apakah ceritanya.

Di bawah ialah sinopsis akan MotoE dan baharu sebentar tadi, MotoE melakukan pusingan demo di litar Qatar, ditunggang oleh Simin Crafar.

  • Syarikat tenaga Enel akan menjadi penaja siri pertana itu. 
  • Enel berpengkalan di Itali dan ia menghasilkan kuasa elektrik untuk Morocco dan Afrika Selatan. Enel juga terbabit dalam penjanaan kuasa elektrik di 37 negara sepanjang lima benua.
  • Motosikal Energica Ego itu akan digunakan oleh semua pasukan dan dilengkapi dengan tayar Michelin semuanya.

 

 

  • Menurut Loris Capirossi yang telah menunggang uji motosikal elektrik itu, ia terasa berat tetapi ia stabil kerana beratnya berpusat hampir kepada bumi.
  • Motosikal Energica ini menghasilkan 147 hp dan mampu memecut dari 0 ke 100 kmsj dalam masa tiga saat.
  • Halaju maksimum Egergica ialah 250 kmsj.
  • Perlumbaan MotoE akan berlangsung pada hari yang sama dan dilokasi yang sama dengan perlumbaan biasa MotoGP.

 

 

  • Musim pertama akan menyaksikan perlumbaan di lima litar Eropah.
  • Di bawah ialah senarai 11 pasukan yang akan bertanding di dalam siri kejohanan dunia MotoE 2019 nanti:
    • Tech3 Racing
    • LCR Team
    • Marc VDS Racing Team
    • Pramac Racing
    • Angel Nieto Team
    • Esponsorama Avintia Racing
    • Gresini Racing
    • Sky Racing Team VR46
    • Pons Racing
    • Dynavolt IntactGP
    • SIC58 Squadra Corse

 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…