Di bawah ialah senarai vendor-vendor tersebut dan modul yang dibekalkan.
ZF Chassis Systems
- Membekalkan gandar depan dan belakang
Hicom HBPO
- Membekalkan modul muncung hadapan kenderaan
Clarion Pulau Pinang
- Membekalkan modul konsol tengah dan paparan meter
Sime Darby Auto Engineering
- Membekalkan modul pintu
Porsche dan juga Sime Darby tidak mahu berkongsi sasaran unit pemasangan untuk projek ini, bermakna kemungkinan besar modul-modul yang dipasang oleh vendor-vendor ini menggunakan komponen luar atau komponen tempatan yang generik.
Kesemua vendor-vendor ini menerima latihan teknikal dan kualiti bagi memastikan modul-modul yang dibekalkan menurut piawaian Porsche yang digunakan di kilang-kilang pemasangan mereka di Eropah.