Empat Tips dari Waze sempena bulan puasa

oleh Mohamad Hanif|
Ramadhan merupakan masa untuk berefleksi dan beribadat secara rohani, di samping menjalankan ibadah puasa untuk sepanjang bulan.

Selain menumpukan perhatian kepada amal ibadah, masa ini juga merupakan masa keemasan untuk diluangkan bersama mereka yang tersayang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bulan Ramadhan juga merupakan salah satu tempoh yang paling sibuk di atas jalan raya, jadi alangkah baiknya jika rakyat Malaysia dapat mengelakkan tekanan tambahan yang diakibatkan oleh kesesakan lalulintas. 

Dengan itu, Waze telah menyediakan empat tip dan ramalan lalu lintas yang berguna untuk bulan Ramadhan ini berdasarkan corak perjalanan dan statistik tahun-tahun yang lalu.
 

Tip #1: Elakkan “PM Rush” (Perjalanan Waktu Petang)!


Berdasarkan laporan lalu lintas tahun yang lepas, Waze meramalkan kesesakan di jalan raya seawal jam 4 petang sehingga 7 malam pada bulan Ramadhan, berbanding jam 5 sehingga 9 malam pada bulan bulan biasa. 

Waza mengesyorkan kepada pemandu untuk pulang awal berbuka puasa bagi mengelakkan kesesakan pada waktu yang disebutkan di atas. 
 

Tip #2: Rancang perjalanan anda terlebih dahulu pada hari Jumaat


Hari Jumaat juga merupakan satu hari yang amat sibuk di mana ramai keluarga membuat persiapan sebelum menikmati hujung minggu mereka. 

Selain itu, umat muslimin juga keluar menunaikan solat Jumaat di tengah hari sebelum kembali menyambung saki baki kerja mereka di pejabat. 

Oleh itu, mereka yang akan keluar memandu pada hari Jumaat dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan memeriksa aplikasi Waze terlebih dahulu bagi menentukan keadaan lalu lintas, terutama mereka yang ingin menuju ke lokasi bazar Ramadhan membeli murtabak sirap bawang bersama air katira ori. 


Tip #3: Biar lambat, asalkan selamat semasa di lebuh raya


Terdapat lokasi-lokasi yang sering berlakunya kemalangan jalan raya seperti di Lebuhraya NKVE, Jalan Kuching serta Lebuhraya Salak. 

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan aplikasi Waze terlebih dahulu, memilih laluan yang berbeza sebelum memulakan perjalanan dan bersiap sedia lebih awal sekiranya dijangka terperangkap di dalam kesesakan yang tidak diduga. 


Tip #4: Laporkan Isu-Isu Jalan Raya dengan Waze

 


Sekiranya anda terlihat kejadian kemalangan di lebuhraya ataupun kerosakan permukaan jalan raya mahupun kenderaan yang rosak ditepi jalan, anda disarankan untuk melaporkan perkara tersebut melalui Waze bagi membantu rakan-rakan Wazers yang lain. 

Elakkan masa dihabiskan di atas jalan akibat kesesakan supaya anda boleh menghabiskan masa dengan lebih banyak bersama mereka yang tersayang. 

Muat turun aplikasi Waze bagi mengujinya sendiri dan layari laman rasmi Waze untuk maklumat lanjut di alamat www.waze.com

Berita Berkenaan

Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, remaja itu dikatakan sesat kerana mengikut aplikasi peta Waze untuk pulang…