Empat lelaki rentung kereta terbabas

oleh Hamimah Hamid|
EMPAT lelaki rentung manakala seorang cedera parah dalam nahas sebuah kereta di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara berhampiran susur keluar Changkat Cermin dekat Manjung petang tadi.

Kejadian dilaporkan pada jam 5.11 petang itu membabitkan kereta jenis Proton Saga yang terbabas sebelum terbakar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Identiti kesemua mangsa setakat ini masih belum dikenal pasti.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat awal mendapati, mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bekerja di Lumut.

 

Operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dibantu Balai Sitiawan.