Empat kenderaan kemalangan angkara babi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Angkara bangkai babi, seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Desa Pinggiran Putra pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kejadian berlaku pada jam 6.47 pagi.

"Siasatan mendapati kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki berumur 57 tahun dari arah Desa Pinggiran Putra menghala ke Alamanda sebelum melanggar bangkai babi yang berada di tengah jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kenderaan mangsa yang hilang kawalan kemudian merempuh tiga lagi kenderaan termasuk sebuah motosikal yang ketika itu berada di bahu jalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, siasatan mendapati salah sebuah daripada tiga kenderaan yang berada di bahu jalan itu terlebih dahulu melanggar bangkai babi tersebut.

"Penunggang motosikal yang dilanggar oleh Honda City tersebut mengalami kecederaan luka ringan di bahagian tangan kanan, kaki kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

"Tiga pemandu kenderaan lain yang terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Video kemalangan membabitkan pacuan empat roda itu yang dirakam kamera dashboard turut tular di…
Berita Global
Menurut laporan PlantBasedNews.org, PETA telah mendedahkan sejumlah hairan yang dipaksa untuk duduk…
Informasi
  Reliant Robin dikeluarkan dari 1973 sehingga 1982, kemudian dikeluarkan semula dari 1989…