Dalam satu kempen panggil semula yang dikeluarkan oleh General Motors, mereka memanggil semula 30 unit Chevrolet Camaro hanya disebabkan oleh emblem pada stereng yang tidak dipasang dengan sempurna.
Di dalam insiden kemalangan, emblem Camaro itu dikatakan mampu bertukar menjadi objek projektil dan meningkatkan risiko kecederaan kepada pemandu.
Mujur tiada sebarang kes kecederaan dilaporkan berhubung isu ini, dan GM akan menggantikan modul beg udara sebelah pemandu tanpa sebarang kos dikenakan kepada pelanggan.