Edox Sauber F1 - cuma 555 unit seluruh dunia

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ingat Sauber?

Kepada yang baru tiba ke bumi semalam, Sauber ialah rakan teknikal syarikat gergasi minyak nasional, Petronas semasa ia mula menceburkan diri dalam sukan Formula 1.

Sauber sebenarnya ialah sebuah syarikat kejuruteraan yang berpengkalan di Hinwil, Switzerland. Tidak menjadi kejutan kerana Sauber telah melantik Edox, sebuah syarikat jam yang juga dari Switzerland, untuk menjadi penjaga waktu rasmi pasukan Sauber F1 untuk sesi Kejuaraan Formula 1 FIA 2016.

d_reinhard_barcelona-test_2_16_0462_xpartner-logo

Edox ialah jenama jam Switzerland yang paling cepat menempa nama sekarang, apa lagi bila ia tidak dimiliki oleh mana-mana syarikat gergasi jam dunia. Sebenarnya, kebanyakan jenama jam dimiliki oleh beberapa syarikat jam besar. Contohnya Swatch Group ialah syarikat jam terbesar di dunia, dan memiliki beberapa jenama popular seperti Rado, Longines, Tissot, Certina, Mido, Hamilton, Calvin Klein, Omega, Swatch, Flik Flak dan banyak lagi.

Berbalik kepada Edox dan Sauber, kedua syarikat tersebut telah melancarkan model jam terbaharu - Edox Sauber F1 Chronorally Limited Edition sebagai jam rasmi untuk pasukan Sauber F1.

Apa yang menarik dengan jam tersebut? Sila baca nota kami.

Nama jam Edox Sauber F1 Chronorally Limited Edition Jumlah produksi Hanya 555 unit di seluruh dunia Harga Runcit RM7,679.70 (dengan GST) Edox 3Ciri-ciri

  • Split time
  • Skala tachymeter
  • Diameter - 48 mm
  • Movement - Ronda 8040.N (Quartz Chronograph)
  • Badan jam dari titanium ringan
  • Ketahanan air - 10 ATM / 100 meter
  • Penutup aloi belakang dengan ukiran khas
  • Tali jam getah hitam dengan corak bunga tayar
  • Tahan G-force tinggi seperti sewaktu mengambil selekoh dengan kereta F1
  • Muka jam dengan penanda warna gunmetal, dan warna biru ala Sauber
  • Rekabentuk muka jam dengan warna karbon seperti papan pemuka kereta F1
  • Punat gergasi - mudah ditekan walaupun ketika menggunakan sarung tangan pemandu

Pada pendapat Careta, dengan harga tersebut, ia sebenarnya berbaloi kerana dengan jumlah produksi yang cukup sedikit, pastinya tiada kes jam ciplak dan tidak ramai di Malaysia yang akan memilikinya.

Untuk membeli atau membuat tempahan (hanya beberapa unit yang ada untuk pasaran Malaysia), hubungi Crystal Time Sdn Bhd di 03-2938 3938 atau lawati laman web mereka di crystaltime.com.my

Ataupun cuba lihat laman-laman medial sosial mereka di

Facebook : https://www.facebook.com/EdoxMalaysiaBrunei 

Instagram : https://www.instagram.com/edox_my

YouTube : https://www.youtube.com/EdoxWatches