Edox Chronorally Sauber F1 - cuma ada 555 unit seluruh dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kepada penggemar jam, semakin "rare" atau jarang kedapatan jam itu, semakin digilai.

Namun begitu, harga jam dalam kategori tersebut selalunya puluhan atau belasan ribu Ringgit.

Edox, sebuah jenama jam dari Switzerland yang bermula sejak tahun 1884 adalah antara syarikat pengeluar jam tangan yang masih mengekal aspek-aspek tradisi pembuatan jam Swiss.

Sempena acara Formula 1 yang terakhir di Malaysia, Careta mengunjurkan salah satu model Edox dari siri sukan permotoran mereka yang boleh dikategorikan sebagai mampu milik untuk peminat jam tangan Swiss.

edox 1

 

Model Edox Chronorally Sauber F1 Team Limited Edition ini mempunyai rekabentuk yang sangat sporti dan berkaitan dengan sukan permotoran.

Di bawah ialah antara fakta-fakta yang anda perlu tahu mengenai Edox Chronorally Sauber F1 Team Limited Edition.

  • Menggunakan badan dari titanium berwarna hitam yang ringan tetapi kuat.
  • Diameter berukuran 48 mm, sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah jam tangan yang tidak nampak terlalu besar atau terlalu kecil.
  • Mekanisme atau enjin jam yang digunakan ialah dari jenis Ronda Calibre 8040.B quartz movement
edox 2

 

  • Permukaan dalam dari carbon-fibre dengan skala tachymeter.
  • Butang penekan sisi yang besar dengan logo Sauber F1 Team. Ia diletakkan di sebelah kanan jam agar mudah digunakan dengan sarung tangan perlumbaan.
  • Butang Start dan Stop juga dihiasi dengan logo Sauber F1 Team.
edox 3

 

  • Mempunyai label besi istimewa di sisi untuk menandakan ia siri istimewa.
  • Tali jam komposit berwarna biru dengan corak bunga tayar kereta lumba rally dan buckle (pengikat) besi berlogo Edox.
  • Mempunyai ketahanan air sedalam 100 meter atau 10 ATM.
  • Gelas ialah dari jenis sapphire cyrstal dengan fungsi anti-calar dan anti-silau.
Edox 4

 

  • Hanya ada 555 unit dibuat untuk seluruh dunia.
  • Pakej lengkap termasuk kotak jam istimewa Sauber F1 Team dan topi (cap) perlumbaan.
  • Harga ialah RM7,600 tanpa GST.

Jam Edox boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai jam besar.

 

sauber f1

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Edox dengan bangganya memperkenalkan barisan jam tangan EDOX AUTOMATIC CARBON CHRONOGRAPH dengan…
Gaya Hidup
Mungkin kita pernah dengar Tag Heuer atau Rolex, tetapi sebenarnya banyak lagi jenama jam Swiss…