Edaran Tan Chong Motor tawar Rebat GST dan ganjaran Duit Raya

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor kini mengumumkan rebat tunai GST kepada para pelanggan Nissan selaras dengan perlaksanaan kadar sifar GST yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, ETCM akan memansuhkan Skim Perlindungan Harga yang telah diumumkan sebelum ini dan menggantikannya dengan rebat GST tunai penuh bagi setiap pendaftaran kenderaan bermula dari 16 Mei sehingga 31 Mei 2018.

Nissan juga turut menawarkan ganjaran Duit Raya melalui promosi Blissful Journey with Nissan sepanjang bulan Mei 2018.

Lima pelanggan yang bertuah akan membawa pulang sebuah kerusi urut OSIM uLove bernilai RM19,988 beserta hadiah tambahan dengan nilai terkumpul mencecah RM450,000.

Berikut merupakan senarai penjimatan yang ditawarkan bersempena promosi terbaharu ini. 
 

Model Rebat Tunai GST Ganjaran Duit Raya Jumlah Penjimatan
Almera RM4,625.10 RM10,000 RM14,625.10
Grand Livina RM5,783.25 RM7,000 RM12,783.25
Teana RM8,506.53 RM5,000 RM13,506.53
X-Trail RM9,419.99 RM10,000 RM19,419.99
All-New Nissan Serena RM8,304.41 RM2,000 RM10,304.41
Nissan Serena RM8,055.36 RM6,000 RM14,055.36
Navara 2018 RM6,770.92 RM8,000 RM14,770.92
Navara 2017 RM6,770.92 RM13,000 RM19,770.92

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…