Easy Ride - Perkhidmatan e-hailing pertama dari Nissan!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengeluar kereta berpengaruh, Nissan Motor Co. hari ini mengambil inisiatif pertama untuk menjadi pengendali perkhidmatan e-hailing sama seperti Uber dan Grab menerusi pengenalan Easy Ride.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai permulaan, pengeluar tersebut bakal menggunakan model kereta janaan elektrik baharu mereka iaitu Nissan Leaf.

Menurut laporan Reuters, Easy Ride yang berfungsi menggunakan perisian Nissan sendiri itu bakal memulakan ujian pertama di Yokohama Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan, Hiroto Saikawa dipetik sebagai berkata, pihaknya merancang untuk melancarkan perkhidmatan itu awal tahun 2020 dan Jepun merupakan negara pertama pasaran Easy Ride.

"Kami sedar untuk menjadi pengendali perkhidmatan sebegini memerlukan masa yang agak lama, ia tidak dapat direalisasikan tanpa kerjasama daripada pengendali platform permainan mudah alih Jepun, DeNA Co.

"Penting bagi kami untuk meneroka segmen baharu ini meskipun ia dilihat memiliki pasaran yang 'niche' kerana ia diyakini berupaya membantu meningkatkan penguasaan selain mempelbagaikan perkhidmatan tawaran perikatan Renault, Nissan dan Mitsubishi dalam industri automotif dunia amnya," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…