Dyson pula mahu buat kereta elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Sir James Dyson, pengasas syarikat pembuat alatan elektrik rumah seperti vakum super canggih, kipas angin tanpa bilah yang ultra modern dan lain-lain lagi telah mengumumkan syarikat beliau, Dyson akan menghasilkan kenderaan elektrik atau EV.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut James, EV dari Dyson mungkin akan hadir seawal tahun 2020 dan beliau telah menyediakan pelaburan sebanyak RM11.4 billion untuk projek berkenaan.

James menerangkan bahawa separuh dari jumlah pelaburan itu adalah untuk kereta EV itu sendiri dan separuhnya untuk kajian menghasilkan sebuah bateri solid-state.

James juga berkata Dyson tidak akan mencari rakan kongsi di dalam projek ini.

“Kereta EV Dyson bukanlah sebuah kereta sport dan ia bukan juga sebuah EV yang murah,” terangnya.

“Rekabentuk kereta Dyson akan mencerminkan rekabentuk pada alat-alat elektrik kami,” sambung James.

Produk EV katanya akan menjadi produk utama Dyson pada masa hadapan.

Untuk yang tidak tahu, Dyson mempunyai pusat R&D dan kilang pemasangan di Johor Bahru dan Singapura.

Mesin vakum Dyson canggih dan juga premium, begitu juga dengan kipas meja mereka yang sangat canggih.

 

*Artikel asal dari Road & Track

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jim Rowan yang merupakan bekas CEO Dyson antara tahun 2017 hingga 2020 itu sebelum ini turut…
Berita Global
Manakan tidak, projek untuk menghasilkan sebuah kereta elektrik bukanlah satu perkara yang boleh…
Berita Global
Menurut James Dyson, walaupun dengan teknologi dan rekaan yang lebih maju berbanding EV sedia ada,…